Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

aiiik ? MACAM AMARAN 13 MAY AJE NIH ! KITA TENGOK SAPA MULAKAN !

 
PROVOKASI NAMPAKNYA DAH MULA ! JIKA BERSIH AMAN, JIKA KOTOR HURUHARA !

Monday, July 23, 2012


Negara akan huruhara kalau PR menang PRU13? Bernama

Tengku Adnan mengingatkan semua pemimpin dan penyokong parti agar tidak keluar secara beramai-ramai untuk meraikan kemenangan pada pilihan raya umum akan datang kerana ia akan mencetuskan kemarahan dan rasa tidak puas hati di kalangan penyokong kedua-dua pihak. 
“Sesiapa yang menang, perlu bersabar, tenang dan tidak terlalu teruja. Apabila (dalam keadaan) terlalu teruja, ia akan naik ke kepala dan anda akan cenderung melakukan tindakan yang tidak elok. Akhirnya ia akan menjejaskan masyarakat berbilang kaum,” katanya. – Sinarharian.   
Aku cukup setuju dengan pendapat Adnan Mansor ni. PAS Parit Buntar masa menang PRU tahun 99 memang memastikan takdak perarakan geng muda bermotosikal, sampai tahap ada yang hampir-hampir nak kena belasah pasai ada yang tak puas hati larang depa berarak. 
Macam tu jugak masa menang tahun 2008, walaupun ada beberapa kumpulan kecil yang keras kepala yang berarak jugak tapi kumpulan besar berjaya dihalang. Dari awal lagi memang PAS dah keluarkan larangan berarak kalau menang. Kalau tak dihalang mungkin beribu yang keluar berarak. 
Berbeza dengan selepas PRU 2004, pemuda Umno berarak dengan motor keliling Parlimen Parit Buntar sambil buat bising dan bunyikan hon. Ada yang kata sampai pukul 3 pagi pun ada lagi yang berarak. Jadinya aku yakin, kalau Pakatan Rakyat menang takkan ada perarakan meraikan kemenangan. 
Tapi kalau Umno yang menang aku yakin akan ada perarakan macam tahun 2004 dulu. Yang ada pun mungkin penyokong Pakatan Rakyat ramai-ramai berhimpun di depan bangunan pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri dan juga mungkin kali ni di Putrajaya jugak, tak mau bagi puak-puak Umno BN bawak lari fail. 
Yang kita takut, puak-puak Umno yang tak tahan yang keluar merusuh tak puas hati pasai kalah, tak dapat terima dan tak mustahil ada yang akan main sentimen kaum untuk cetuskan huru-hara.
MalaysianInsider pulak melaporkan: Pemimpin Barisan Nasional (BN) tiada masalah untuk menerima apa jua keputusan Pilihan Raya Umum ke-13 akan datang dengan hati yang terbuka, sama ada mereka tewas dan terpaksa menyerahkan kuasa kepada pembangkang, namun mereka lebih risau sekiranya Pakatan Rakyat (PR) tewas dalam persaingan membentuk kerajaan tersebut. 
Ahli Parlimen Kota Belud, Datuk Abdul Rahman n (gambar atas) berkata, BN telah mempunyai pengalaman dalam menerima kekalahan ketika pilihan raya dan telah menunjukkan gabungan kerajaan itu bersedia untuk mengamalkan prinsip demokrasi secara terbuka. 
“BN tiada masalah, takkan kalau kalah kita nak bakar negara ni. BN terima secara terbuka. Itu namanya demokrasi. Kalau kalah tetap kalah. Kita boleh cuba lain kali. “Tetapi yang lebih penting adalah BN sudah buktikan. Kita pernah tewas Selangor, dan Kelantan, tiada masalah untuk kita serahkan negeri-negeri tersebut,” katanya kepada The Malaysian Insider. - TMI. 
Yang tu cuma kalah negeri, kalau kalah di peringkat Pusat belum tentu lagi. Walaupun kalah di beberapa negeri, Umno BN masih menang di peringkat pusat tapi kalau kalah di peringkat negeri dan kalah jugak di peringkat pusat, tak mustahil ada penyokong Umno BN yang tak tahan dan mulakan huruhara. 
Tak mustahil peristiwa hitam 13 Mei 1969 akan berulang. Bunga-bunga kearah tu dah mula nampak.bila mana ada penyokong Umno BN dah berani serang ceramah pakatan Rakat. Apa pun, aku setuju dengan pendapat Tajuddin Rahman macam dilaporkan juga oleh MalaysianInsider. 
Sementara itu, Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Tajuddin Abdul Rahman menegaskan, semua pihak harus menerima apa sahaja keputusan pilihan raya umum sekiranya ia dijalankan dengan adil. - Ibid. 
Kalau pilihanraya dijalankan dengan adil memang Pakatan Rakyat boleh terima kalau kalah pun, malah selama ni pun parti pembangkang di malaysia ni boleh terima kekalahan walaupun memang jelas pilihanraya tak berapa nak adil. 
Tapi untuk PRU13 nanti yang dikatakan sebagai pilihanraya yang paling getir untuk Umno, tentu punya Umno akan main lebih kotor dan lebih tak adil untuk pastikan depa terus menang dan pertahankan Putrajaya. Kalau dah jelas sangat yang Umno BN menang dengan cara menipu tak mustahil rakyat Malaysia bangkit menentang Umno macam rakyat Mesir bangkit menentang Hosni Mubarak. 
Hanya ada satu cara untuk elak rakyat bangkit menolak keputusan pilihanraya iaitu kerajaan melalui SPR kena pastikan bukan saja pilihanraya berjalan dengan bersihh dan telus tapi mesti dilihat bersih dan telus. 
Kalau SPR dan kerajaan setuju untuk tunaikan kesemua 8 tuntutan BERS✔H 2.0, rakyat akan yakin yang pilihanraya berjalan dengan bersih dan telus dan takdak sebab untuk rakyat bangkit memprotes keputusan pilihanraya tu. 
Segala pertempuran ditangguhkan sehingga selepas pilihanraya" 
Cenangau Daunkari Sumber: http://cenangau.blogspot.com/2012/07/negara-akan-huruhara-kalau-pr-menang.html#ixzz21Qfx3389

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.