Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

GEMPAR ! AHLI UMNO AKAN TINGGALKAN PARTI

 
KENYATAAN AHMAD MASLAN ADALAH BENAR, MEMANG RAMAI DARI KALANGAN UMNO YANG BELOT, BUAKAN SAJA BELOT TAPI MELAKUKAN SABOTAJ, HAL INI JUGA RAKYAT PERLU SEDAR, MEREKA YANG BELOT TENTUNYA FAHAM BAHAWA UMNO SUDAH BERPECAH BELAH DAN AKAN KALAH
 KENYATAAN AHMAD MASLAN INI SEKALI GUS MEMBERIKAN AMARAN KEPADA AHLI UMNO BAHAWA UMNO SUDAH TIDAK KUAT LAGI, LANTAS MANA-MANA AHLI UMNO YANG MERASAKAN TERINAYA MEREKA LEPAS-LEKAS LARI DAN MENYERTAI PR, INILAH YANG SEDANG BERLAKU SEKARANG
UMNO TENTUNYA SUDAH ADA MAKLUMAT TENTANG AHLINYA YANG AKAN BERHIJRAH KEPADA PR, TAPI BELUM ADA BUKTI KUKUH, APA YANG PENTING SEKARANG IALAH RAKYAT SUDAHPUN MAKLUM, YANG JELAS SEKARANG IALAH APABILA PARLIMEN BUBAR MAKA KITA AKAN LIHAT RIBUAN AHLI UMNO AKAN BERPEHAK KEPADA PR
TANDA-TANDA UMNO AKAN LUNTUR SUDAHPUN DIKETAHUI OLEH RAKYAT, SEBAB ITU KITA DAPAT LIHAT TANDA KERUNTUHAN TERSEBUT APABILA APA JUGA KENYATAAN PIMPINAN UMNO MAKA KENYATAAN ITU MEMAKAN DIRI MEREKA SENDIRI SEMUA INI TANDA KERUNTUHAN YANG AMAT JELAS -Pak Karamu
 
Ahmad Maslan: Ahli sabotaj BN perlu dihukum
NOR AZURA MD AMIN
12 Februari 2013
Ahmad Maslan
Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan
 
Tindakan segelintir ahli yang sabotaj parti menjadi punca kemerosotan Barisan Nasional (BN) di beberapa kawasan pada Pilihan Raya Umum ke-12 (PRU12).
Bagaimanapun, Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan berkata, masalah itu dapat dielakkan dengan menubuhkan jawatankuasa disiplin parti di setiap bahagian sekaligus menjadi langkah pencegahan perkara sama berulang pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Menurutnya, penubuhan jawatankuasa itu diharap dapat memberikan ingatan kepada ahli-ahli Umno supaya tidak melakukan perbuatan yang boleh merugikan orang Melayu, parti dan BN.

“Jawatankuasa disiplin perlu ambil tindakan awal sama ada sebelum pembubaran atau sebelum hari penanaman calon atau sebelum hari pembuangan undi supaya mereka yang berniat jahat dan serong terhadap parti dapat dipatahkan.

“Dengan cara ini sahaja Umno-BN tidak mudah terperangkap yang akhirnya boleh membawa kekalahan kepada parti disebabkan oleh perbuatan sesetengah individu yang kecewa dan sebagainya,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Gerakan Belia 4B Kawasan Pontian, di Hotel Pontian, malam kelmarin.

Ahmad yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata, banyak cara akan dilakukan oleh mereka yang mahu mensabotaj parti seperti menutup bilik gerakan, membantu jentera parti lawan atau sekadar duduk di rumah saja.

“Golongan yang kecewa ini walaupun tidak ramai, namun jika tidak dibanteras daripada awal akan merosakkan parti,” katanya.

Justeru, beliau berharap Jawatankuasa Disiplin Umno akan segera melihat kepincangan yang berlaku melalui wakil mereka yang dilantik di setiap bahagian supaya tidak akan memudaratkan parti pada masa akan datang.

Pada masa sama, Ahmad turut meminta ahli-ahli Umno menjadikan lafaz ikrar taat setia semasa Perhimpunan Agung Umno pada November tahun lalu sebagai satu ingatan supaya mengutamakan parti daripada kepentingan peribadi.

“Dengan cabaran getir pada kali ini, jentera Umno-BN diharap tidak berhadapan dengan sebarang masalah yang boleh menjejaskan keyakinan pengundi,” katanya.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.