Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

YANG PENTING BN TUMBANG

Shafie Apdal: Negara rosak jika pentadbirannya diserah kepada pembangkang

February 12, 2013
SEMPORNA, 12 Feb — Naib Presiden Umno Datuk Seri Mohd Shafie Apdal mengingatkan rakyat bahawa negara akan rosak dan pencapaian cemerlang yang sekian lama dikecapi Malaysia boleh terjejaas jika pentadbirannya diserah kepada pakatan pembangkang. 

Mohd Shafie (gambar) berkata perkara itu boleh berlaku kerana prinsip perjuangan di kalangan parti-parti pakatan pembangkang bukan sahaja berbeza malah sejak dahulu tidak henti-henti berbalah mengenai sistem pentadbiran negara yang dimahukan dan penentuan siapa yang akan menjadi perdana menteri. 

“Kita sedar dan tahu bahawa pihak pembangkang dalam keadaan tidak begitu menentu. Pilihan mereka untuk mentadbir kerajaan sekejap (Datuk Seri) Anwar Ibrahim sekejap nak kan PAS. Sekejap nak kan hukum hudud sekejap tidak boleh sedangkan itu yang dikatakan asas perjuangan parti PAS yang agak ekstrem dari segi beragama. DAP pula tidak sokong. 

“Jadi sudah pasti tidak ada jaminan untuk keamanan dan perpaduan negara. Saya katakan bahawa mereka tidak boleh sepakat dalam asas prinsip perjuangan parti masing-masing. Ini belum mentadbir negara lagi keadaan jadi tidak menentu. Sebelum pilihan raya pun sudah gaduh apa lagi apabila mahu mentadbir kerajaan,” katanya. 

Mohd Shafie yang juga Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah dan Anggota Parlimen Semporna berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri majlis sambutan Tahun Baru Cina anjuran Ahli Jawatankuasa Dewan Perniagaan Cina Semporna di sini malam tadi. 

Sehubungan itu, Shafie mengajak rakyat termasuk masyarakat Tionghua supaya terus menyokong kerajaan Barisan Nasional (BN) di bawah kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kerana dengan mengundi BN bermakna mereka mengundi untuk masa depan yang cerah, pembangunan, kestabilan politik dan keamanan. 

Mohd Shafie berkata BN memerlukan kerajaan yang kuat untuk mewujudkan pentadbiran yang kukuh kerana kerajaan yang kuat dengan pengurusan mantap mampu melonjakkan ekonomi negara ke tahap lebih tinggi yang hasilnya dapat dinikmati semua lapisan masyarakat tanpa mengira kaum dan kepercayaan. 

Menurut Mohd Shafie rakyat sepatutnya menilai dan belajar daripada pengalaman banyak negara di dunia hari ini termasuk negara maju yang sukar untuk keluar daripada belenggu krisis ekonomi disebabkan politiknya tidak stabil sehingga mewujudkan kerajaan yang tidak kuat dan tidak mampu menguruskan masalah ekonomi negara dengan berkesan. 

Malaysia pula, katanya, pertumbuhan ekonominya yang kukuh bukan sahaja diakui oleh Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) malah ia terus menjadi pilihan pelabur dari serata dunia termasuk negara Eropah dan Timur Tengah untuk melabur kerana pengurusannya yang cekap serta kestabilan politiknya. — Bernama

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.