Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

SIAPA BAGI DIA TITLE DUNIA KETIGA ?

Kenyataan Dr Mahathir Tidak Gambarkan Ciri Seorang Negarawan

1 Rabi'ul akhir 1434H,
KUALA LUMPUR: Kenyataan terbaru Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad tentang kuasa melucutkan kerakyatan seseorang yang lantang mengkritik pentadbiran Umno-BN tidak mengambarkan seorang negarawan.
Seorang pemimpin yang pernah dianggap tokoh dunia ketiga, Sepatutnya bersikap lebih terbuka dan berhati-hati dalam mengeluarkan kenyataan terhadap orang yang berlainan pendapat, kata Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Menurut Abdul Khalid, Dr Mahathir wajar membuat sedikit kajian sebelum beliau mengeluarkan sesuatu kenyataan.
“Saya pernah kerja di bawah beliau, saya fikir Tun boleh keluar kenyataan yang lebih baik dari itu,” kata beliau apabila ditemui di majlis ramah mesra Tahun Baru Cina di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor hari ini.
Dalam ceramahnya tentang keselamatan dan perlembagaan semalam, Dr Mahathir berkata kerakayatan pengkritik Kerajaan Umno-BN seperti Pengerusi Bersama Pergerakan BERSIH, Datuk S Ambiga wajar dilucutkan.
Dr Mahathir menggesa orang ramai agar memberikan kemenangan majoriti dua pertiga dalam Dewan Rakyat kepada Umno-BN dalam pilihan raya akan datang supaya perlembagaan negara berkaitan perlucutan kerakyatan seseorang dapat dipinda.
Dilaporkan bahawa pada masa ini, dalam Perkara 24 Perlembagaan Persekutuan, kerakyatan hanya boleh dilucutkan apabila seseorang itu mendapat kerakyatan dari negara lain.
Atau seseorang itu melaksanakan hak eksklusif warganegara negara lain selain Malaysia, seperti mengundi atau menggunakan dokumen perjalanan negara lain.
Dalam isu lain, Abdul Khalid memberitahu Kerajaan Selangor hari ini mendahului kerajaan negeri lain dalam memberikan sumbangan kepada sekolah Persendirian Cina, Sekolah Agama Rakyat dan Sekolah Tamil.
“Kepada sekolah Cina sahaja, Kerajaan Negeri memberi sumbangan sebanyak RM 6 juta setiap tahun.
“Kerajaan Selangor berpendapat negara kita perlu mengamalkan kebebasan untuk rakyat belajar sebab itu di Selangor kami terima kelulusan ijazah dari Taiwan, China, Indonesia dan Timur Tengah,” kata Abdul Khalid.
Majlis Pertemuan Mesra Tahun Baru Cina yang diadakan Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor hari ini berlangsung meriah dengan kehadiran beberapa pemimpin politik dari Pakatan Rakyat dan BN.
Selain Abdul Khalid, pemimpin PR lain termasuk, Presiden PKR, Datuk Dr Wan Azizah Wan Ismail, Timbalan Presiden Pas, Mohammad Sabu, Naib Presiden PKR, Datuk Seri Chua Jui Meng dan Exco Kerajaan Selangor, Ronnie Liu dan Teresa Kok.
Turut kelihatan dalam anjuran majlis anjuran Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor itu, Senator Tan Sri Koh Tsu Koon dan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai.
Turut hadir Timbalan Menteri Keewangan Senator Datuk Donald Lim Siang Chai dan Timbalan Menteri Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat, Senator Datuk Heng Seai Kie.-tvs

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.