Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Isnin, 11 Februari 2013

Mantan Ketua Pemuda Umno & 2 lagi pemimpin Sabah masuk KEADILAN

Sabh 1SABAH 11 Feb: Beberapa tokoh pemimpin Umno Sabah termasuk mantan Ketua Pemuda Umno Negeri isytihar sertai KEADILAN di majlis yang dihadiri Ketua Umum, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Turut berbuat demikian, mantan Ketua Penerangan Umno Tuaran dan bekas Setiausaha Akhbar Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah, Datuk Hajiji Mohd Noor.

Kemasukan itu sempena lawatan Anwar ke Sabah pada sambutan Tahun Baru Cina.

Pengisytiharan itu dibuat pada Majlis Makan Malam Perayaan Tahun Baru Cina anjuran KEADILAN Sabah di Restoran Putera Ballroom, Kota Kinabalu, malam tadi yang dihadiri lebih 1,500 orang.

Sah 3Selepas itu, Anwar berdialog bersama anak muda dan profesional di Hotel Megah D Aru, Tanjung Aru dalam forum bertajuk Kembalikan Autonomi Sabah.

Panelis lain adalah Pengerusi KEADILAN Sabah, Tamrin Jaini, Pakar Perlembagaan, Profesor Dr Aziz Bari dan peguam rakyat, Ansari Abdullah.

Terdahulu, pada sebelah petang, Anwar menyampaikan ceramah perdana di Kampung Panginatan, Ranau.

Ketibaan Anwar disambut meriah oleh penduduk dengan laungan ‘Ini kalilah!’.

Tamrin, Datuk Seri Lajim Ukin, Datuk Seri Wilfred Bumburing, Senator Maijol Mahap dan Christina Liew turut berceramah.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.