Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

HIDUP JADI BARUA UMNO, MATI DIPANAH PETIR

Saturday, April 27, 2013

Penganjur Terpaksa Bertegang Leher Dengan Agen Parti SPR..!! Ceramah Nyaris Nyaris Dibatalkan


Semalam satu ceramah umum nyaris digagalkan oleh agen parti yang turut berada didalam SPR.Kejadian berlaku di tengah tengah acara apabila sekumpulan yang mewakili SPRM telah hadir yntuk membuat lawatan mengejut disatu tapak ceramah di Bota Kiri.


Perkara pertama yang diperiksa mereka ialah permit ceramah.Salah seorang agen yang mewakili parti telah berkeras supaya pihak penganjur menunjukkan permit ceramah.Keadaan ini telah menimbulkan ketegangan.Pihak penganjur berhujah bahawa permit ceramah tidak diperlukan semasa "Kempen Pilihanraya" yang berlangsung disepanjang 15 hari ini.Penganjur juga mempertikaikan sama ada pihak UMNO juga ada memohon permit untuk kempen kempen mereka?.Beliau berharap supaya SPR membuat pemantauan secara adil dan saksama tanpa memilih bulu.Jangan cuma menjadi perkakas UMNO sahaja.

 Penganjur juga turut mempertikaikan mengapa SPR membiarkan bendera UMNO begitu banyak digantungkan didalam kampung kampung padahal Parti UMNO tidak bertanding didalam PRU 13.Perlanggaran undang undang itu begitu jelas tetapi tiada pihak yang buat teguran dan penguatkuasaan.Bendera Parti yang tidak bertanding cuma boleh digantung di Bangunan Parti itu sahaja dan tidak boleh digantung seperti bendera bendera parti yang bertanding.


Bagi pihak AMK Parit,menurutnya UMNO telah lama mencabuli hak hak demokrasi tetapi SPRM memandang perkara tersebut sebelah mata sahaja.Pengunaan Dewan Orang Ramai sebagai bilik gerakan BN adalah mencabuli hak hak orang ramai dan merupakan tindakan yang tidak demokatik,namun sehingga hari ini tiada satu pun larangan atau arahan dari pihak SPR.Rakyat dirasakan telah diperbodoh dan ditarik hidung kerana mereka tidak dapat menyuarakan hak dan kehendak mereka.SPR semacam cuba menyembunyi kan fakta fakta serta undang undang mengenai Pilihanraya.


Setelah berhujah dengan panjang lebar oleh Ketua Penerangan dan Ketua AMK,akhirnya agen berkenaan terpaksa mengalah kerana segala hujah hujah penganjur adalah benar dan berkemungkinan beliau sendiri kurang arif dengan peraturan peraturan Pilihanraya.

Adalah sangat menghairankan bahawa banyak berlaku dalam ceramah ceramah UMNO yang menuduh DS Anwar Ibrahim sebagai peliwat,LBGT,agen yahudi dan sebagainya,tetapi SPR tidak ambil tindakan pun keatas penceramah,padahal Mahkamah sendiri mendapati DSA tidak bersalah dan beberapa pihak tertentu telah didenda kerana menuduh DSAI sedemikian.Mengapa fitnah dan cemuhan dibenarkan didalam ceramah politik.

Sekiranya ada provokasi dari agen parti dalam SPR ini,pihak penganjur mestilah dengan tenang dan sabar membalas setiap serangan.Sesungguhnya provokasi ini sememangnya diatur untuk memperlahankan momentum gerakkerja Pilihanraya Pakatan Rakyat.Umno merasakan sekiranya momentum seperti ini berterusan selama 8 hari lagi,nescaya BN akan kalah teruk

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.