Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

PARLIMEN BAGAN DATOK BN KALAH

 KEMPEN UMNO/BN DI BAGAN DATOK JIKA PEMBANGKANG DATANG TUTUP PINTU ! hu hu hu, minggu lepas UMNO MERASUAH RAKYAT SETEMPAT DENGAN BERAS 3 KILO KAIN BATIK, ALAT TULIS TADIKA, WANG SAKU RM 100, ADA LAGI SATU CERITA "PARLIMEN BAGI BN DAN DUN BAGI PAS"  WALLAHU A'ALAM - Pak Karamu
Jangan takutkan pengundi
SITI KHAIRULNISAH MOHAMMED BAJURI
26 April 2013
Jangan takutkan pengundi
Ada sesuatu diperkatakan Zahid (dua, kanan) yang mencuit hati penduduk Kampung Parit 15, Sungai Pulau ketika majlis ramah mesra sempena lawatannya ke kampung itu, kelmarin.
 
BAGAN DATOH - Parti-parti politik yang bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) dinasihatkan berkempen secara sihat dan baik, sekali gus mengelakkan budaya menakutkan pengundi sepertimana berlaku di beberapa negeri.

Naib Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memaklumkan beliau mendapat tahu ada pihak menggunakan taktik Taiwan dan Arab Spring untuk menakut-nakutkan pengundi di sepanjang tempoh berkempen.


Katanya, taktik import itu bukan budaya pilihan raya dalam negara ini kerana acuan politik Malaysia adalah keamanan tanpa ada pengeboman atau letupan.


"Saya harap polis dapat ambil tindakan segera dan bawa mereka yang terlibat dalam kes pengeboman di beberapa negeri ke muka pengadilan kerana sudah tentu ada bukti ia berlaku.


"Alat letupan rekaan (IED) yang digunakan di Nibong Tebal itu dibuat oelh golongan profesional kerana ia adalah bom jangka dan perlu perancangan teliti untuk menakutkan penyokong Barisan Nasional (BN)," katanya pada sidang media ketika melawat Kampung Parit 15, Sungai Pulau, di sini, kelmarin.


Hadir sama, calon BN bagi kerusi Dun Hutan Melintang, R Supramaniam.


Penyandang kerusi Parlimen Bagan Datoh itu berkata, pembangkang seharusnya mengiktiraf BN jika parti itu menang dalam PRU13 sepertimana BN mengiktiraf kejayaan pembangkang di beberapa negeri yang mereka menangi.


Beliau juga meminta mana-mana parti politik tidak menggunakan budaya politik negara luar di negara ini dan tidak menakutkan pengundi, termasuk dalam ceramah anjuran BN.


"Saya rasa Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sentiasa bersiap siaga. Tapi dalam soal ini, jangan sampai ATM diminta campur tangan kerana dari aspek keselamatan berada di bawah PDRM.


"Kita (ATM) tidak berhajat berada di medan. Oleh itu gunakan tempoh berkempen sebaik mungkin dan jangan guna taktik menakutkan pengundi serta diharap sebarang kecederaan dapat dielakkan," tegasnya.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.