Dato Husam Makin Terserlah Di Putrajaya: Hadir Proses Pengurusan Jenazah TKP Kastam Malaysia II, Tapi Pemimpin UMNO Tiada.. Jom Terjah
10:59 AM
No comments
PUTRAJAYA
- Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa mengucapkan takziah kepada
keluarga Timbalan Ketua Pengarah Kastam Malaysia II (Bahagian
Perkastaman dan Cukai Dalam Negeri), Datuk Shaharuddin Ibrahim yang
meninggal dunia akibat ditembak pagi semalam.
"Saya
ucap takziah kepada keluarga Allahyarham, saya juga telah hadir ke
masjid, saya telah solat jenazah dan telah hantar jenazah ke tanah
perkuburan," katanya pada ceramah anjuran Pas di sini, malam ini.
Bagaimanapun, beliau berkata semasa proses pengurusan jenazah Shaharuddin sehingga pengebumian tidak terdapat seorang menteri pun yang turun memberi penghormatan terakhir kepada Allahyarham.
Beliau juga percaya kematian Shaharuddin berkaitan dengan tugasan dan tanggungjawab yang dilakukan arwah demi negara.
"Saya yakin operasi-operasi yang diuruskan beliau menjadi salah satu sebab beliau ditembak di Putrajaya, sebuah kota yang canggih.
"Saya juga syak CCTV tidak dapat 'cam' penjenayah itu," katanya lagi.
Shaharuddin meninggal dunia akibat terkena tiga das tembakan berhampiran lampu isyarat ibu pejabat polis, di Persint 8, Putrajaya.
Dalam pada itu, Husam yang juga calon kerusi Putrajaya menggesa pihak penguat kuasa dan kerajaan segera mengambil tindakan.
Katanya, jika penjenayah itu gagal ditangkap, ia akan menimbulkan kebimbangan kepada pengundi khususnya warga Putrajaya.
"Kita harap kerajaan dapat bertindak segera sebelum pilihan raya umum ini," katanya lagi.

0 orang berkata:
Post a Comment