Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Saturday, April 27, 2013

Tiada Menteri Hadiri Pengebumian Jenazah TKP Kastam - Husam Musa - Posted by Addin Dee

 
PUTRAJAYA 27 APRIL : Datuk Husam Musa melahirkan rasa terkilannya apabila tiada wakil kerajaan mahupun menteri memberi penghormatan terakhir kepada Datuk Shaharudin Ibrahim semalam.Shaharudin,58, Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Perkastaman/Cukai Dalam Negeri) maut ditembak mati di persimpangan lampu isyarat Lebuh Sentosa di sini.
 
Husam hadir menyempurnakan solat jenazah dan mengiringi jenazah hingga ke tanah perkuburan.

"Saya yakin beliau terbunuh kerana operasi-operasi tugas negara yang telah dilaksanakan beliau,” kata Husam dalam ceramah di Putrajaya semalam.
 
Mengambil kira lokasi kejadian yang berlaku di Putrajaya, Husam menggesa agar tangkapan segera dapat dilakukan bagi menunjukkan kesungguhan Kerajaan Umno-BN dalam usaha memerangi jenayah.
 
“Kalau betul pasukan keselamatan kita cekap, sepatutnya penjenayah itu boleh ditahan serta merta dalam hari yang sama.

"Seandainya menjelang hari mengundi nanti penjenayah masih tidak dapat ditahan, ia menunjukkan ketakutan rakyat Malaysia terhadap keselamatan mereka adalah satu perkara yang memerlukan pendekatan yang berbeza dalam menghadapi jenayah,” ujar calon PAS bagi Parlimen Putrajaya ini.Selain itu, Husam melahirkan kebimbangan berkenaan kadar jenayah di Malaysia pada masa kini.
 
Menyifatkan negara kini dalam perjalanan menuju tahap negara Bolivia ekoran ancaman kadar jenayah yang semakin membimbangkan, termasuk ancaman pembunuhan, pengedaran dadah, rompakan dan lain-lain, ujar Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa.

Lebih merunsingkan menurut Husam, tahap jenayah yang berlaku di Putrajaya iaitu sebuah kota yang dianggap paling selamat dengan aplikasi pembinaan ‘smart city’ itu adalah lebih tinggi daripada tahap nasional.
 
“Untuk Putrajaya yang mempunyai bilangan penduduk 75, 000 orang, kadarnya adalah bagi setiap 195 penduduk, berlaku satu jenayah berbanding kadar nasional iaitu satu jenayah bagi setiap 750 penduduk,” jelas Husam.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.