Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

RAMAI TERENCAT AKAL MUSIM PILIHANRAYA NIH


Saturday, April 27

Ini akibatnya bila anjing belaan terlepas kandang [Saksikan...]

Samseng BN serang penyokong KEADILAN Taman Medan, pecah kerusi
PETALING JAYA 27 APRIL: NGO pro Umno BN yang menggelarkan diri mereka ‘Waris Malaya’ bertindak samseng apabila mengugut dan mengancam untuk mencederakan petugas dan penyokong KEADILAN Taman Medan, 21 April lalu.

Ancaman itu berlaku semasa calon KEADILAN Dewan Undangan Negeri (DUN) Taman Medan, Haniza Talha menyampaikan penerangan kempen di Bilik Gerakan Daerah Mengundi 12, Jalan Petaling Jaya Selatan 4.

Menurut Haniza, kumpulan terlibat mengganggu dan membuat bising dengan membunyikan motorsikal secara kuat ketika tayangan kempen berlangsung.

“Dua kali kumpulan itu buat kacau. Pertama, mereka secara berkumpulan membuat bising ketika kempen ditayangkan sehingga mendatangkan kemarahan hadirin pada malam itu.

“Selepas keadaan reda seketika, mereka datang semula kali kedua secara berdepan dan merampas sebuah kerusi dan menghempasnya sehingga pecah.

“Mereka juga mengugut hadirin untuk mencederakan jika melawan,” kata Haniza yang memenangi kerusi itu pada PRU 2008.

Haniza berkata, beliau dan sekumpulan penyokong kemudiannya membuat laporan polis bagi mendapatkan perlindungan keselamatan daripada ancaman samseng berkenaan, yang dipercayai dibayar oleh pihak tertentu bagi menghalang kempen KEADILAN.

“Alhamdulillah, selepas itu, insiden provokasi tidak lagi berlaku dan sebuah khemah yang didirikan oleh kumpulan itu juga sudah dirobohkan apabila kereta peronda polis kerap membuat rondaan di sini,” kata Ketua Wanita KEADILAN Selangor itu kepada Keadilan Daily.

Tambahnya, bendera dan poster kempen Pakatan Rakyat juga kerap disabotaj apabila dijumpai dalam longkang dan di tengah-tengah jalan. ~ KD

“Ada juga bilik gerakan kita yang disyaki dirobohkan.

“Yang peliknya, bilik tersebut tidak roboh semasa angin ribut kuat pada waktu petang, tetapi roboh apabila cuaca reda pada waktu malam,” kata Haniza yang akan berentap dengan Datuk Ab Wahab Ibrahim dari BN pada PRU 13, Ahad depan. ~ KD

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.