Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

SEPERTI JUGA ZAID HAMIDI, KALI NI ZAHID BUNGKUS DI BG:DATOK

'Giant Killer': Jangan pandang remeh calon bukan pilihan
Wartawan Sinar Harian
28 April 2013
PRU13
CALON bukan pilihan atau calon ‘underdog’ pastinya akan muncul dalam setiap pilihan raya termasuk dalam saingan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) yang berlangsung sekarang.

Kebanyakan dari mereka perlu berhadapan dengan calon ‘heavyweight’ tidak kira dari Barisan Nasional (BN) mahupun Pakatan Rakyat (PR).

Namun apa yang membezakan calon-calon bukan pilihan ini adalah kemampuan mereka untuk menggugat calon pilihan dan menjadi calon ‘Giant Killer’.


Pertembungan ini pastinya menarik perhatian semua pihak mengetahui keputusan sebenar pada hari pengundi 5 Mei ini.


Antara calon bukan pilihan yang dimaksudkan adalah calon Parlimen Permatang Pauh, Dr Mazlan Ismail yang bakal mencabar Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.


Calon BN ini tampil dengan rekod yang baik dan pandai menggunakan sepenuhnya reputasi dan prestasi semasa kerajaan BN untuk menarik perhatian pengundi.


PR juga mempunyai calon bukan pilihan yang perlu diambil perhatian seperti Fariz Musa yang akan menentang satu lawan satu dengan Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Tun Razak di kerusi Parlimen Pekan.


Fariz merupakan ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR dan penyelaras pilihan raya PKR Parlimen Pekan.


Calon bukan pilihan tidak wajar dipandang remeh oleh parti lawan kerana sejarah menunjukkan ramai pemimpin besar politik negara kalah mengejut dengan calon bukan pilihan ini.


Sebagai contoh pada pilihan raya umum 2008, Nurul Izzah Anwar telah berjaya mengalahkan penyandang Parlimen Lembah Pantai, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dengan majoriti yang agak besar.


Nurul Izzah yang mewakili PKR memperolehi 21,728 undi berbanding Shahrizat yang hanya mendapat 18,833 undi, majoriti yang diperolehi oleh Nurul Izzah adalah 2,895 undi.


Sedangkan, pada Pilihan Raya Umum ke-11 (PRU11), Shahrizat menang besar di kerusi tersebut dengan majoriti 15,288 undi.


Selain itu, Parlimen Sungai Siput yang diwakili oleh bekas Presiden MIC, Datuk Seri S Samy Vellu juga kalah kepada Michael Jeyakumar Devaraj yang bertanding atas tiket PKR walaupun, Samy Vellu merupakan penyandang kerusi itu selama lapan penggal.


Oleh yang demikian, kesemua pemimpin utama parti yang berhadapan dengan calon bukan pilihan tidak wajar berpuas hati dengan kemenangan pada pilihan raya terdahulu.


Sebaliknya, gerak kerja menemui pengundi perlu terus dijalankan di saat-saat akhir tempoh berkempen pada PRU13 ini.


Bagi calon bukan pilihan pula, kejutan mampu dilakukan namun, ianya memerlukan bantuan pelbagai faktor termasuk bagaimana untuk menawan hati pengundi dalam tempoh berkempen yang disediakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).


Calon bukan pilihan perlu menyesuaikan diri dengan situasi semasa termasuk perlu pandai menilai sesuatu isu politik yang mampu memberi kebaikan kepada imej beliau di mata pengundi.


Penganalisis politik, Prof Madya Dr Samsul Adabi Mamat berpendapat, calon bukan pilihan boleh melakukan kejutan jika wujud gelombang perubahan politik seperti yang berlaku pada 2008.


Pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) itu berkata, faktor gelombang ini akan mampu melonjak  calon bukan pilihan untuk menjadi ‘Giant Killer’.


“Namun, saya melihat pada ketika ini, gelombang itu tidak berlaku, keadaan politik negara kembali tenang. Ini disebabkan rakyat sudah mula faham dan mempunyai pendirian masing-masing, berhubung parti manakah yang mahu diundi.


"Namun, kita tidak tahu di saat-saat akhir kempen ini apa yang akan berlaku, dalam politik apa pun boleh terjadi,” katanya kepada Sinar Harian.


Menurutnya, sekiranya tiada gelombang, calon bukan pilihan sukar untuk menggugat calon nama besar kepada kurangnya pengaruh dan sokongan di kalangan pengundi.



0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.