Himpunan 505: DBKL tak lulus guna Padang Merbok
Pengarah Strategi PKR, Mohd Rafizi Ramli
KUALA LUMPUR - PR gagal mendapat kelulusan untuk meneruskan perhimpunan
Black 505 di Padang Merbok selepas mengadakan perbincangan dengan Datuk
Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Ahmad Phesal Talib, hari ini.
Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli berkata, Datuk Bandar telah mencadangkan Stadium Titiwangsa dan Stadium Merdeka sebagai lokasi alternatif setelah permohonan untuk Padang Merbok ditolak.
Menurutnya, perhimpunan di tempat terbuka adalah termasuk di dalam Akta Perhimpunan Aman dan perkara ini juga merupakan kemahuan rakyat.
"Kita telah berbincang dengan Dewan Bandar Raya Kuala Lumpur (DBKL), DBKL tetap dengan keputusan mereka.
"Tapi setakat ini kita memang putuskan untuk teruskan Black 505 di Padang Mrbok seperti yang diputuskan oleh Majlis Mesyuarat Pemimpin Tertinggi PR," katanya pada pemberita di sini, hari ini.
AKAN MENYUSUL.

0 orang berkata:
Post a Comment