14 Jun, 2013
Ini Penjelasan Shabery Cheek Berkenaan Penayangan Filem Melayu Pada Waktu Maghrib
Baru baru ini, Pengarah dan Penerbit terkenal, Ahmad Idham telah
mempersoalkan kenapa ada pawagam yang meletakkan waktu tayangan filem
Melayu pada pukul 7 malam..
Menurutnya sebagai sebuah negara Islam sepatutnya operator pawagam
menayangkan pada waktu lain yang lebih sesuai bagi menghormati waktu
maghrib..
Dan isu yang dibangkitkan oleh Ahmad Idham itu mendapat perhatian dari
Menteri Penerangan, Komunikasi dan Multimedia yang baru iaitu Datuk Seri
Ahmad Shabery Cheek..
Tapi nak kata dia baru dalam Kementerian itu tidaklah rasanya sebab
pernah menerajui kementerian itu dari tempoh Mac 2008 hingga April 2009.
Jawab Shabery Cheek melalui laman FaceBooknya..
Ada yang bertanya dengan saya mengenai ISU TAYANGAN FILEM MELAYU pada waktu solat maghrib, jawapannya mudah tayangan ini untuk 3 kategori rakyat:1. Orang yang bukan islam2. Perempuan yang uzur tak boleh solat3. Untuk Lelaki musafir atas syarat2 yang ditetapkan islam Jadinya yang islam boleh tunaikan solat maghrib dan isyak dahulu kemudian pergila menonton tayangan jam 9.Jawapan yang ke tiga itu membuat aku tertanya-tanya.. dia belajar dari siapa agaknya?. Musafir.. solat tak boleh tapi tengok wayang boleh?
Addin:
Bukan semua orang musafir boleh solat jamak dan qasar, hanya orang yang
bermusafir yang dibenarkan dalam syarak sahaja boleh solat jamak dan
qasar. Jadi solat jamak dan qasar untuk menonton wayang sudah tentu tak
menepati syarak.. Jikalau silap tolong perjelaskan.




0 orang berkata:
Post a Comment