Wednesday, June 12, 2013
Letupan Di Kampung Air Semporna Tiada Kaitan Pengganas - Hamza
Published: Rabu Jun 12, 2013 MYT 6:04:00 PM
Updated: Rabu Jun 12, 2013 MYT 6:05:50 PM
Updated: Rabu Jun 12, 2013 MYT 6:05:50 PM
KOTA KINABALU: Pesuruhjaya
Polis Sabah, Datuk Hamza Taib menolak dakwaan insiden letupan yang
mengakibatkan seorang warga Pakistan maut di Kampung Air, Semporna pada
Selasa mempunyai kaitan dengan kumpulan pengganas.
"Siasatan
tidak menunjukkan apa-apa unsur berkaitan dengan pengganas," katanya
pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sabah di sini, Rabu.
Beliau
berkata, mangsa mempunyai dokumen pengenalan diri yang sah dan telah
menetap di Sabah dalam tempoh kurang dari setahun dan menjalankan
perniagaan di Semporna secara sambilan.
Dalam
insiden kira-kira 4.20 pagi Selasa, Attaulah Hukmat Khan, 35, maut
manakala empat rakan senegara yang berusia antara 22 hingga 50 tahun
tidak cedera.
Sementara
itu, Hamza berkata, jumlah tangkapan di bawah Akta Kesalahan
Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) setakat ini adalah
seramai 132orang.
"Ada
yang telah dibebaskan...ada yang telah dirujuk kepada pihak imigresen.
Walau bagaimanapun ada yang dituduh dan dibicarakan, setakat ini masih
belumdijatuhkan hukuman kerana kes tersebut masih dalam proses
pendengaran," katanya.
Terdahulu,
Hamza menyerahkan cek Skim Pampasan Ex-Gratia bernilai RM1,347 kepada
balu Wira Negara yang terkorban dalam serangan hendap kumpulan
penceroboh bersenjata di Kampung Sri Jaya, Simunul, Semporna,
Allahyarham Sarjan Mejar Baharin Hamit, Sumiati Suarah, 51.
Menurutnya,
sumbangan itu diberikan kepada anggota keluarga polis yang terkorban
semasa Operasi Daulat termasuk melibatkan kecederaan dan kematian semasa
menjalankan tugas rasmi.
Beliau
berkata, agihan pembayaran sumbangan itu akan diberikan secara bulanan
sehingga anak-anak mencapai umur 21 tahun berbanding sebelum ini
diberikan bayaran sekali gus.
Terdahulu
ketika berucap, Hamza berkata Polis Diraja Malaysia telah meluluskan
bayaran Ex-Gratia Bencana Kerja bagi anggota polis yang terkorban dalam
Ops Daulat dan bayaran diberikan kepada waris mereka. - mStar


0 orang berkata:
Post a Comment