Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

DAP keluarkan surat amaran keras kepada ahli Parlimen Bakri

June 12, 2013
KUALA LUMPUR, 12 Jun – DAP mengeluarkan surat amaran keras kepada ahli Parlimen Bakri Er Teck Hwa kerana gagal untuk mematuhi arahan parti itu bersama-sama parti komponen Pakatan Rakyat (PR) PKR dan PAS untuk memboikot taklimat yang diadakan di bangunan Parlimen semalam.
Dalam satu kenyataan hari ini, Ketua Whip DAP Anthony Loke mengatakan Er tidak dihadapkan ke Jawatankuasa Disiplin parti oleh kerana ahli Parlimen Bakri telah mengakui kesilapannya dan memohon maaf secara terbuka.
“Perkara ini perlu dijadikan sebagai satu pengajaran kepada Sdr Er dan semua Ahli Parlimen DAP supaya sentiasa bertindak secara kolektif dan mematuhi keputusan pucuk pimpinan parti dalam menjalankan tugas mereka sebagai Ahli Parlimen DAP,” kata Loke dalam satu kenyataan hari ini.
Menurut Loke lagi, keputusan ini dibuat selepas berbincang dengan ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang.
Apabila ditemui oleh pemberita semalam, Er mengatakan beliau merasakan taklimat itu penting dan keputusan untuk menghadirinya adalah dari inisiatifnya sendiri.
“Hari taklimat adalah yang penting, kita nak tengok ada peraturan baru atau sebagainya,” katanya.
Er merupakan satu-satunya daripada 38 ahli Parlimen DAP dan 89 ahli Parlimen PR yang hadir untuk taklimat di bangunan Parlimen semalam.
Majlis Pimpinan PR telah membuat keputusan memboikot taklimat itu dalam mesyuarat lalu untuk menunjukkan bantahan terhadap pemerintah Barisan Nasional (BN) kerana enggan memenuhi tuntutan reformasi pilihan raya.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.