Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified


Pembantu pejabat maut, isteri dan tiga anak cedera motosikal dirempuh babi hutan

 

June 12, 2013

KUANTAN, 12 Jun – Seorang lelaki terbunuh manakala isteri dan tiga anaknya cedera selepas motosikal yang dinaiki mereka dirempuh seekor babi hutan di KM21.5 Jalan Ibam-Rompin, dekat Rompin, malam tadi.
Mangsa, Syed Abdullah Syed Ali, 32, pembantu am pejabat dari Perumahan Mardi, Muadzam Shah, di Rompin, meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala dan badan.
Bagaimanapun, isteri mangsa yang berusia 22 tahun dan tiga anaknya berusia antara satu dan empat tahun hanya cedera ringan.
Ketua Jabatan Ketenteraman Awam dan Trafik Pahang Supt Mohamed Fauzi Abdul Rahim berkata dalam kejadian 8 malam itu, mangsa sekeluarga dikatakan sedang menuju ke bandar Muadzam Shah untuk membeli susu.
“Dipercayai seekor babi hutan tiba-tiba keluar dari semak berhampiran untuk melintas jalan sebelum merempuh motosikal yang dinaiki lima beranak itu sehingga menyebabkan mereka sekeluarga tercampak ke atas jalan,” katanya kepada Bernama di sini hari ini.
Mangsa yang cedera menerima rawatan di Hospital Muadzam Shah. – Bernama

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.