Hassan bakal halang usaha AS
Hassan memperoleh kemenangan besar dalam Pilihan Raya Presiden, Jumaat lalu.
Alexie Pushkov
Ketua Jawatankuasa Hal Ehwal Perhubungan Antarabangsa, Alexie Pushkov berkata, kemenangan Hassan dalam Pilihan Raya Presiden, Jumaat lalu, adalah petanda Iran akan menghalang ancaman AS di seluruh negara.
Hassan yang merupakan ulama berhaluan sederhana, menang besar pada pilihan raya merebut kerusi presiden dengan memperoleh 14,020,139 (50.8 peratus) undi daripada 23,014,873 undi keseluruhan.
Sepanjang kempen, Hassan mengetengahkan usaha menamatkan kejatuhan ekonomi Iran berikutan sekatan negara Barat selain berjanji meningkatkan ketelusan dalam rundingan berhubung program nuklear negara.
"Kepada mereka yang kurang tahu, usaha ketenteraan bagi tujuan menyelesaikan masalah di Iran telah pun dirancang di AS sejak tujuh tahun lalu," kata Pushkov dipetik PressTV
Menurutnya, AS bersama Israel dan sekutu berulang kali menuduh Iran mengadakan program nuklear bagi tujuan ketenteraan selain ancaman untuk menyerang kemudahan nuklear Teheran.
Mac lalu, Presiden AS, Barack Obama berkata, semua usaha telah pun dirancang bagi menyekat program nuklear Iran dengan alasan ia bukan untuk kemudahan awam.
Sementara itu, Iran menafikan dakwaan itu dan memberitahu program nuklear mereka sah menerusi Perjanjian Pengawalan Senjata (NPT) dan Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA).


0 orang berkata:
Post a Comment