Himpunan: Tak hadir bukan makna khianati parti
Ketua Penerangan Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man
SHAH ALAM - Ketua Penerangan Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man
menyangkal dakwaan yang menyifatkan tidak hadir ke perhimpunan Blackout
505 sebagai mengkhianati parti.
Tuan Ibrahim berkata, walaupun selaras dengan arahan Timbalan Presiden
Pas, Mohamad Sabu yang mahu kesemua pemimpin bersama dalam himpunan
bantahan tersebut, namun memberitahu bahawa pemimpin yang tidak hadir
bukan bererti tidak menyokong.
“Setiap arahan parti, semua pemimpin akur, tapi saya yakin kalau ada
pun pemimpin tidak hadir sebenarnya bukan tidak menyokong tapi mempunyai
komitmen atau uzur.
“Semua pemimpin Pas secara konsisten menyatakan sokongan terhadap himpunan itu,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika mengulas dakwaan Naib Presiden Pas,
Datuk Husam Musa yang menyifatkan pemimpin-pemimpin Pas yang tidak
menyokong himpunan Blackout 505 sebagai pengkhianat parti berkenaan.
Husam juga dilaporkan berkata, mereka adalah pemimpin yang lupa
asal-usul dan bukan sahaja menolak semangat anak muda yang mahukan
perubahan tetapi mengkhianati dakwah yang diasaskan oleh pimpinan Pas
terdahulu.
Husam turut melemparkan sindiran kepada pemimpin yang tidak menyokong
perhimpunan itu seolah-olah membawa suara Umno dan Barisan Nasional,
namun dalam masa sama menasihatkan pemimpin Pas agar mencetuskan
perubahan dalam politik negara.
Tuan Ibrahim berkata, apa yang dikatakan Husam itu bukan bermaksud
melakukan ‘khianat’, sebaliknya mengingatkan pemimpin memberikan
sokongan dalam himpunan tersebut.
“Pemimpin yang tidak hadir bukannya khianat, mereka tetap menyokong.
Saya yakin tiada pemimpin yang tidak menyokong, semuanya bersatu hati.
“Bantahan mereka mungkin tidak terjemah dengan kehadiran, tapi tetap sokong dengan himpunan itu,” katanya.



0 orang berkata:
Post a Comment