inilah orangnya yang sangat ditakuti oleh Anuar dan Najib ?
Gara-gara ramai ahli parlimen dari Sabah dan Sarawak dikatakan berjumpa dengan Ku Li membuatkan Anuar Ibrahim dan Najib Razak merasa cemas, Najib takut hilang kuasa dan Anuar Ibrahim pula takut jika niatnya hednak menjadi PM berkecai. Sebenarnya apakah percaturan politik semasa yang terdapat di negara Malaysia ?
Politik negara sebenarnya berada dalam keadaan haru biru dan kelamkabut, BN/UMNO sebenarnya sedang berkuasa dalam keadaan sentiasa tertekan kerana parti itu bila-bila masa akan runtuh kerana kekuatannya tidak setabil, parti ini akan hancur jika pilihanraya semula diadakan ditempat-tempat yang ada laporan penipuan dan rasuah, sekalipun pemerintah sekarang kelihatan tenang dan aman
Anuar berjumpa Dato Najib di Jakarta hari ini mungkin untuk membincangkan hal keadaan politik negara yang tidak setabil, kemudian mereka akan berbincang dalam perkara itu mengikut kepentingan masing-masing, dan kepentingan itu mungkin akan dikaitkan dengan perhimpunan agong UMNO yang akan diadakan tidak berapa lama lagi kerana ada kemungkinan Najib akan dicabar dan akan kalah sebagai presiden parti
Mari kita kembali kepada kesah Najib dan Anuar di Jakarta, apa mereka buat sebenarnya ? Najib tidak akan ke Jakarta jika dia tidak nampak kepentingannya tergugat, tambahan pula kes Altantuya akan dibicarakan semula, senjata ini mungkin akan dipergunakan untuk mempengaruhi ahli perwakilan untuk menjatuhkannya sekiranya ada pencabar
Anuar Ibrahim kesana (Jakarta) kerana dia begitu yakin bahawa dia akan menjadi Perdana Menteri jika diadakan pilihanraya kecil semula dan dia yakin akan menang dan ramalan juga demikian, perlu diperjelaskan disini, bukan sahaja Anuar Ibrahim sahaja yang yakin demikian akan tetapi UMNO sendiri yakin bahawa jika diadakan pilihanraya kecil maka BN akan tumbang, kerana itu Zahid Hamidi dikatakan beriya-iya menjadi orang tengah atas perjumpaan tersebut kerana dia dianggap masih baik dengan kedua-dua pemimpin dan di Parlimen dia sendiripun dia tidak selamat?
Ok sekarang mari kita lihat apa yang ada pada perasaan Anuar Ibrahim dan Naib Razak ?
Setelah Tengku Razaligh Hamzah didatangi oleh wakil parlimen dari BN dan juga PR maka secara sepontan sahaja Anuar dan Najib menjadi pucat kerana KU LI mempunyi harapan yang sangat besar untuk jadi PM Malaysia, KU LI tak perlu banyak ahli parlimen yang bersamanya untuk jadi PM, memadai 30-40 orang ahli parlimen sudah memadai untuk dia menjadi PM Malaysia, dia boleh lompat kemana yang dia mahu sama ada pada PR atau BN syaratnya bagi dia jadi PM, andainya Anuar dan Najib sudah berpakat menolak kemasukkan KU LI kedalam parti mereka maka itu tiada hal kerana yang akan melompat nanti kebanyakannya daripada PKR dan juga UMNO atau wakil MCA atau MIC yang menang dalam BN dengan janji yang tertentu.
Kemunculan nama KU LI sekarang ini sangat ditakuti oleh semua ahli politik terutama BN dan PR, soalnya mengapa tetiba sajaha nama KU LI ini muncul ? Adakah KU LI mempunyai niat yang lain selain dari menjadi PM ? Atau ada tugas yang belum selesai yang memerlukan hanya dengan jawatan PM sahaja maka tugas tersebut baru boleh selesai ? Semua pertanyaan ini perlu ada didalam pemikiran rakyat Malaysia atau adakah dia langsung tidak dipedulukan oleh BN untuk satu jawatan tertinggi kepadanya ?
Ramalan Pak Karamu ini mungkin telah disuarakan pada sebelum PRU 13 lagi akan tetapi dalam percaturan yang berbeza, iaitu KU LI akan bertanding bebas dengan orang yang tertentu atas pilihannya namun ia tidak menjadi, mungkin kerana KU LI tidak mahu menyusahkan Anuar dan juga Najib, walaupun ujud calon bebas terutamanya di Semenanjung atas tajaan tertentu untuk pecahkan undi
Setelah keputusan pilihanraya diketahui dan hasilnya tidak secukup mana untuk Najib terus berkuasa dan berbangga maka meletuplah cerita KU LI ini dalam mungkin niat yang sama akan tetapi masa dan bentuk yang berbeza untuk dia menjadi PM Malaysia

Oleh Pak Karamu

0 orang berkata:
Post a Comment