Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

HUSAM BERTANDING PRESIDEN ?


Friday, June 21, 2013

Kali ini aku setuju 100% kenyataan YB Ketua Pemuda..

Berbaliklah kepada keadaan yang sebenarnya... seperti kata-kata Tuan Guru Nik Aziz sebelum dia nak bersara dari MB... Islam itu adalah hak semua umatnya, masing-masing bertanggunjawab....



Semua pemimpin layak jadi presiden jika dipilih

pada 21-06-2013 10:06 Ditulis Oleh Syed Mu'az Syed Putra

Post Pic


KUALA LUMPUR: Mana-mana pemimpin termasuk Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa mempunyai peluang untuk menerajui parti itu jika dipilih perwakilan semasa proses pemilihan parti yang diadakan setiap dua tahun, kata Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat Nasrudin Hassan.
Dalam perbualan dengan Antarapos, Ahli Parlimen Temerloh ini berkata perwakilan akan mengundi dan menentukan barisan kepimpinan termasuk jawatan presiden jika berlaku pertandingan.
PAS kini diterajui Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang mula mengambil tampuk kepimpinan  sejak 2002, dalam tempoh itu banyak kejayaan telah dicapai terutamanya kerjasama dengan PKR dan DAP dalam Pakatan Rakyat.
"Ia berdasarkan kepada kehendak ahli dan ahli akan menentukan kepimpinan parti.
"Sesiapapun boleh untuk dipilih oleh ahli memilih pemimpin, jadi terpulang kepada ahli melalui proses muktamar," kata Nasrudin.
Bagaimanapun komen Nasrudin bercanggah dengan dasar kepimpinan ulama yang dibawa parti itu termasuk memastikan ia diketuai oleh individu yang berlatarbelakangkan agama.
Kelmarin Setiausaha Majlis Syura Ulama PAS Datuk Nik Muhammad Zawawi Nik Salleh berkata pandangan sesetengah pihak yang mendakwa masa depan PAS akan lebih cerah jika diterajui Husam tiada asas yang kukuh.
Ini kerana tegas Nik Zawawi, perjuangan PAS tidak mementingkan individu dan sokongan rakyat kepada parti atas dasar yang diperjuangkan.
"Perjuangan kita dalam PAS meletakkan parti Islam bukan kepentingan individu...bermaksud kita perjuangkan Islam.
"PAS berteraskan kepada kepimpinan ulama dan sokongan diberikan kerana ulama ialah individu yang dekati Islam, memahami Islam dan tahu selok-belok Islam," katanya.
Kepimpinan Hadi masih diperlukan
Menyentuh masa depan Abdul Hadi sebagai pemimpin nombor satu, Nasrudin berkata kepimpinan dan pengalaman tokoh veteran itu masih diperlukan.
Jelas beliau, Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang telah meletakkan PAS di satu tahap yang terbaik.
"Kepimpinan beliau masih diperlukan dan beliau cemerlang dalam memimpin, zaman kepimpinan beliau jugalah banyak kejayaan yang dicapai.
"Walaupun ada kelemahan tapi kelebihan itu lebih menonjol mengatasi kelemahan," katanya.
Sebelum ini bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Zaid Ibrahim berpendapat masa depan PAS akan lebih cerah sekiranya dipimpin oleh Husam.
Ini kerana, kata beliau, majoriti penyokong PAS sekarang terdiri daripada golongan muda dan berdasarkan pemerhatian beliau, Husam adalah pemimpin paling digemari oleh golongan itu.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.