Isu PRU13, SPR topik utama PR
Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad
Beliau antara wakil rakyat baru yang bakal menggalas tanggungjawab dalam Parlimen berkata isu tersebut pastinya dijadikan persoalan utama dibahaskan oleh PR.
“Sudah pasti panas terutamanya sekarang pembangkang semakin bertambah dan isu PRU akan jadi topik utama selain melibatkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
“Isu SPR yang tidak laksanakan tuntutan Bersih akan ditimbulkan semula ekoran keputusan PRU13 lalu,” katanya kepada Sinar Harian.
Kata beliau, selagi tiada perubahan dalam SPR perkara tersebut akan sentiasa dijadikan bahan utama dalam Parlimen kerana PR konsisten membantah keputusan PRU.
“Isu yang paling kuat berkenaan dakwat kekal selain tuntutan lain.
Pada 2008, penggunaan dakwat kekal hampir pasti digunakan sebelum dibatalkan oleh SPR.
“Tapi kali ini pada PRU13, apabila dakwat kekal digunakan isunya lain pula apabila tidak kekal seperti diberitahu,” ujarnya.
Dalam pada itu, katanya sebagai persediaan terlibat dalam sesi perbahasan Parlimen beliau memberitahu akan membawa suara-suara golongan profesional yang semakin dinafikan kerajaan.
“Saya sendiri akan membawa suara golongan profesional yang semakin lama dikurangkan untuk bantu kerajaan, makin lama makin terhakis.
“Sebenarnya kami hanya sekadar ada sahaja, tapi tiada peranan. Antara isu melibatkan golongan profesional perlu ke depan seperti apa yang terjadi di Terengganu seperti stadium, masjid runtuh dan sebagainya kerana ia melibatkan soal keselamatan,” kata beliau.
Pada keputusan PRU13 lalu, PR berjaya menambahkan tujuh kerusi Parlimen daripada 82 yang dimenangi pada 2008.
BN membentuk kerajaan dengan memenangi 133 kerusi, berbanding dengan 140 pada 2008.


0 orang berkata:
Post a Comment