Tidak lesen portal berita, kerajaan bukti terbuka
P Kamalanathan
KUALA LUMPUR - Keputusan kerajaan untuk tidak mewajibkan pengendali
portal berita memiliki lesen untuk beroperasi membuktikan sikap
keterbukaan BN dalam menyahut semangat hak kebebasan media dan kebebasan
bersuara rakyat di negara ini.
Timbalan Menteri Pelajaran dan Pengajian Tinggi, P. Kamalanathan bagaimanapun menegaskan, kebebasan yang diberikan kerajaan itu haruslah mengikut perundangan dan selari dengan prinsip demokrasi yang diamalkan sejak 55 tahun lalu.
"Kita akan sentiasa memberikan kebebasan media dan bersuara.
"Kebebasan ini kerajaan akan beri, tapi mengikut lunas-lunas demokrasi, mengikut perundangan sedia ada dan ini kita akan laksanakan, tapi kita harus menggunakannya secara bertanggungjawab," katanya kepada Sinar Harian Online pada Majlis Malam Wartawan Malaysia 2013 dan Penyampaian Hadiah Kewartawanan Malaysia MPI-Petronas 2012 di Hotel Istana, di sini, semalam.
Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bahawa kerajaan tidak akan melesenkan portal berita seperti yang dilakukan negara jiran, Singapura baru-baru ini.
Najib bagaimanapun menegaskan, kerajaan akan menguatkuasakan undang-undang sedia ada bagi memastikan tidak ada cubaan mana-mana pihak untuk menimbulkan sensitiviti kaum, agama dan bangsa khususnya melalui media sosial.
"Bagi memelihara keharmonian nasional, kerajaan akan menguatkuasakan undang-undang sedia ada bagi memastikan bahawa mana-mana yang cuba menanam kebencian elemen rasis, agama, bahasa ataupun memperkecilkan institusi raja berperlembagaan mahupun cuba "subvert" sistem demokrasi berparlimen boleh diambil tindakan.
"Tindakan ini sesuai dengan peruntukan undang-undang sedia ada," katanya.
Dalam pada itu, Kamalanathan yang juga Ahli Parlimen Hulu Selangor turut mengingatkan rakyat supaya bijak menapis maklumat dan berita yang disiarkan dalam portal berita milik pembangkang kerana pembaca juga mempunyai tanggungjawab yang sama seperti pemilik laman terbabit.
"Jangan kita ambil bulat-bulat apa yang dikatakan laman portal ini kerana kebanyakan daripada fakta yang diberi oleh beberapa laman portal ini bukan saja menghasut tapi sepenuhnya fitnah.
"Kita harap bila kebebasan itu diberikan, ia perlu digunakan dengan cara terbaik tanpa memberi masalah kepada sesiapa," jelasnya.
Ketika ditanya tentang usaha kementerian beliau dalam membantu usaha kerajaan memastikan pengendali portal berita mengikut perundangan dan patuh kepada etika sebaran maklumat, Kamalanathan berkata pihak akan terus memantau aktiviti itu khusus penggunaan media sosial di kalangan pelajar di negara.
"Saya juga pastikan kementerian akan terus memantau juga dari segi penggunaan laman media sosial ini pada waktu bersekolah supaya ia tidak disalahgunakan," tambahnya

0 orang berkata:
Post a Comment