Monday, June 17, 2013
Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya melahirkan rasa sedihnya kerna dakwat tidak kekal
![]() |
| Tan Sri Abdul Aziz Yusuf |
Setelah berdepan kritikan bertubu-tubi berhubung dakwat tidak kekal pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu, Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Yusuf akhirnya menyatakan kekecewaannya.
![]() |
Bercakap dalam satu temubual khas dengan Sinar Harian, bos SPR itu mengakui isu dakwat kekal merupakan perkara yang paling menyedihkan dalam hidupnya.
“Kalau orang tanya saya sekarang ini, apakah perkara yang paling
menyedihkan dalam hidup saya, saya akan jawab dakwat kekal,” katanya
dipetik.
Bagaimanapun dalam temubual itu, tiada sebarang penjelasan lanjut kenapa
isu dakwat kekal tersebut menjadi perkara yang mengecewakan beliau.
Sebelum PRU13 berlangsung, SPR beberapa kali meyakinkan semua pihak
khususnya rakyat bahawa dakwat yang bakal digunakan untuk pilihan raya
lalu itu akan kekal sekurang-kurangnya mampu bertahan selama seminggu.
Keadaan mula menjadi ribut apabila dakwat yang
digunakan oleh pengundi awal pada 30 April lalu dilaporkan boleh tanggal
selepas dibasuh, sekaligus menyangkal dakwaan SPR bahawa ia mampu kekal
tujuh hari.
Bermula dari itu, krisis keyakinan mula timbul terhadap SPR berhubung
isu dakwat itu ditambah lagi dengan penjelasan yang disifatkan
berbeli-belit yang dibuat oleh SPR untuk menjustifikasikannya.
SPR mendakwa kejadian dakwat yang mudah tanggal itu kerana petugas SPR tidak menggoncang terlebih dahulu botol dakwat tersebut.
Selepas daripada itu, timbul pula penjelasan kedua bahawa kandungan
Argentum Nitrat (Perak Nitrat ataupun Silver Nitrate) di dalam dakwat
kekal dikurangkan demi kesihatan para pengundi.
Pengurangan itu dikatakan punca kenapa dakwat itu boleh tanggal selepas dibasuh.
Sehinggalah pada hari mengundi pada 5 Mei lalu, ianya menyaksikan
pelbagai pihak tampil membuat aduan polis mendakwa sememangnya dakwat
yang dicalit sewaktu membuang undi, boleh tanggal dan tidak kekal.




0 orang berkata:
Post a Comment