Jamil Khir: Hina Rasulullah murtad bentuk baru
12 Jun 2013
Jamil Khir Baharom
KOTA BAHRU - Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir
Baharom menyifatkan tindakan segelintir pihak menghina junjungan besar
Nabi Muhammad SAW menerusi laman sosial sebagai satu bentuk murtad
baru.
Jamil Khir berkata beliau melihat perkembangan terkini itu sebagai satu
perancangan berstrategi pihak yang tidak senang dengan Islam, kerana
tindakan itu bukan sahaja merobek keharmonian antara kaum, malah mampu
memesongkan akidah umat Islam di negara ini.
“Jangan kita menganggap perkara ini (menghina nabi) mempunyai satu dorongan daripada pihak yang bukan Islam, tapi daripada kelompok-kelompok (pihak) yang tidak senang dengan Islam.
“Mereka cuba wujudkan suasana tegang kerana dengan keadaan seperti itu, golongan ini dapat melakukan banyak perkara buruk dan negatif terhadap negara,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Pegawai Tadbir Agama Daerah Peringkat Kebangsaan di sini, semalam.

Katanya, pihaknya memandang berat isu itu, dan tindakan sewajarnya akan
diambil terhadap pihak berkenaan melalui jawatankuasa pemantau yang
ditubuhkan di peringkat negeri dan pusat. - Bernama.

0 orang berkata:
Post a Comment