Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

NAJIB KATA AL QURAN SUMBER RUJUKAN, TAPI TAH LE !

Najib, Cakap Biar Serupa Bikin


Menatap ucapan Datuk Seri Najib Tun Razak sewaktu merasmi Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan Ke-56 di Balai Islam, Lundang, Kota Bharu, Kelantan memang lunak. Seruan beliau supaya mencari titik persamaan walaupun berlainan ideologi politik hendaklah dilaksanakan dengan tindakan. Semuanya terletak kepada beliau selaku pemimpin kerajaan Pusat.

Rakyat tidak mahu ia hanya manis kata tetapi di hati lain bicara. Politik pilih kasih dan tidak menghormati keputusan rakyat Kelantan sejak 1990 masih berterusan. Bermula dengan perlantikan Pegawai Persekutuan yang membazir wang berpuluh juta setahun untuk pembayaran gaji dan perbelanjaan pengurusan, seolah-olah tidak iktiraf kerajaan yang dipilih oleh rakyat. Hampir RM12 bilion wang royalti minyak masih disekat.

Apa dosa Kelantan sehingga sanggup berbuat demikian?
Bukankah banyak ayat-ayat di dalam al-Quran yang melarang hambanya melakukan kezaliman, walaupun kepada musuh. Mungkin Datuk Najib terlepas pandang ayat-ayat tersebut, atau pun ulamak pengampu tidak memberi tahu kepada beliau.

Setiap kali musim pilihanraya, maka datang janji manis daripada pemimpin Umno untuk rakyat Kelantan. Seolah-olah jika Kelantan diperintah oleh Umno, maka semua perkara akan selesai seperti isu air. Pada hal di Parlimen yang diwakili oleh Perdana Menteri pun menghadapi masalah air. Pemimpin BN sengaja mendera rakyat Kelantan dengan harapan rakyat akan tolak Pas di dalam pilihanraya, sebaliknya tidak. Rakyat Kelantan yang sudah terdidik dengan ilmu agama amat memahami isi kandungan al-Quran, dan kenal pula peribadi Datuk Najib yang bercakap di majlis perasmian Tilawah al-Quran.

Ustaz Idris Hj Ahmad
Ahli Jawatankuasa PAS Pusat

1 orang berkata:

kerispuaka said...

Najib ikut al Quran atau ikut cakap Rosmah?

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.