Bahana akibat tolak Pakatan Rakyat PRU13
12 Syaaban 1434 H. [MOD] -

Tindakan sebahagian rakyat menolak Pakatan Rakyat pada PRU13 lalu
menyebabkan seluruh rakyat negara ini menanggung pelbagai bahananya
sekarang. Menjelang PRU14, pelbagai beban sedang menanti. Antaranya
termasuklah bayaran tol, hutang PTPTN, kenaikan tambang bas, kenaikan
harga minyak dan barangan, cukai GST dan macam-macam lagi. Ikuti petikan
pandangan Ketua Muslimat PAS Pusat yang juga Ahli Parlimen Rantau
Panjang, Siti Zailah Mohd Yusof. Ikuti temubual penuh dalam
akhbar Harakah Edisi Isnin ini.
Harakah: Rakyat juga dihimpit dengan hutang PTPTN. Pakatan tawarkan ianya dihapuskan, tetapi mereka mahu juga berhutang.
Hari ini kita lihat ibu bapa sedang sibuk mempersiapkan anak-anak mereka
untuk memasuki IPTA dan IPTS. Disebabkan bebanan hutang PTPTN, ramai
ibu bapa yang meminta sumbangan daripada wakil-wakil rakyat lain. Rakyat
sangat terbeban dengan yuran pengajian yang mahal. Berbeza jika Pakatan
Rakyat yang menang sehingga dapat memerintah negara kerana Pakatan
Rakyat akan memberikan pendidikan percuma. Itu adalah tanggungjawab yang
besar kerajaan terhadap ibu bapa.
Kini di bawah pemerintahan BN, ibu bapa pening kepala dengan yuran
pengajian anak-anak yang tinggi. Berhutang dengan PTPTN pula dikenakan
interest sehingga amat membebankan para pelajar dan ibu bapa.
Apabila anak-anak keluar dari universiti, hutang PTPTN mestilah dibayar
walaupun mereka belum dapat kerja. Rakyat yang miskin pasti tidak mampu
menanggung bebananhutang, apatah lagi jika yang mempunyai ramai
adik-beradik.
Ini menyebabkan mereka terus tercicir dalam pelajaran kerana tak mampu
menanggung bebanan yuran pengajian yang tinggi dan hutang PTPTN. Kalau
Pakatan Rakyat yang memerintah negara, cukup banyak ibu bapa atau rakyat
dapat menjimatkan wang mereka.
Kini ada ura-ura, pada musim perayaan Aidilfitri nanti, tambang bas akan dinaikkan sebanyak 10 peratus.
Tak sampai dua bulan BN menang PRU13, sudah macam-macam beban kenaikan barangan diterima oleh rakyat.
harakah/-

0 orang berkata:
Post a Comment