Rafizi: Tahanan "flashmob" bebas
Rafizi Ramli
SHAH ALAM - Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli mengesahkan penahanan
15 peserta yang ditahan selepas ingkar bersurai telah dibebaskan
semalam.
Menurutnya yang dipetik di laman mikro Twitternya berkata, semua peserta "flashmob" telah dibebaskan dengan jaminan polis.
"Dimaklumkan bahawa semua peserta 'flashmob' yang ditahan telah dibebaskan dengan jaminan polis," katanya.
Menurut laporan media, 15 individu termasuk kanak-kanak lelaki 10 tahun ditahan selepas ingkar arahan bersurai dalam perhimpunan di hadapan pusat membeli belah di Jalan Tunku Abdul Rahman, semalam.
Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Zainuddin Ahmad dalam satu khidmat pesanan ringkas (SMS) berkata 13 lelaki, seorang wanita dan kanak-kanak itu ditahan dalam perhimpunan bermula pukul 2 petang.
Mereka dibebaskan pada jam 10 malam.
"Seorang kanak-kanak berusia 10 tahun turut dibawa ke IPD dalam insiden itu kerana ibunya dipercayai terlibat dalam perhimpunan itu dan polis tidak menahan kanak-kanak itu," katanya dipetik Bernama.

0 orang berkata:
Post a Comment