'Saya jadi mangsa fitnah'
Ungku Md Salleh menafikan dakwaan blogger yang memfitnahnya mengeluarkan kenyataan kekalahan BN Selangor adalah tanggung jawab Mohd Zin.
Menurutnya, penulisan ini adalah fitnah besar yang bertujuan menjatuhkan pimpinan Umno Selangor.
“Saya tidak pernah keluarkan kenyataan sedemikian. Ini tidak lain tidak bukan strategi pihak tertentu mahu menjatuhkan BN di Selangor.
“Ini adalah fitnah yang sengaja dibuat individu tertentu yang berniat jahat cuba mencetuskan pecah belah dan perpaduan Umno-BN Selangor,” katanya.
Dalam laporan yang dibuat itu, beliau meminta polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menjalankan siasatan segera bagi mengetahui punca sebenar penulis mengeluarkan dakwaan sedemikian.
Sebelum ini artikel dalam blog tersebut bertajuk ‘Zin Badak dibayar Anwar untuk pastikan BN kalah di Selangor – Ungku Md Salleh’.
Dalam tulisan itu melaporkan kekalahan teruk BN Selangor dalam PRU13 adalah tanggungjawab Koordinator BN Selangor, Datuk Seri Mohd Zin Mohamed.
Pada masa sama, pemilik akaun Facebook Malaysia Talk turut memberi komen terhadap Ungku Md Salleh seolah-olah dakwaan itu benar dan tulisan yang dibuat kedua-dua individu ini disifatkan sebagai cubaan merendahkan reputasi dan kerjaya politiknya.
“Saya beri tempoh tujuh hari bekerja untuk mereka berdua tampil memohon maaf di media perdana dan sekiranya gagal berbuat demikian khidmat peguam akan digunakan bagi menegakkan kebenaran.
“Dakwaan liar seumpama ini boleh merosakkan karier politik saya. Sebelum ini sememangnya saya dan Mohd Zin sering berbeza pendapat tetapi ini tidak menjejaskan persahabatan kami,” katanya.



0 orang berkata:
Post a Comment