Tuesday, June 25
Mampuih la Amno kali neh [Saksikan sebabnya...]
KUALA LUMPUR 24 JUN: Ahli Parlimen Bukit Katil, Shamsul Iskandar
Mohd Akin bertekad memastikan persidangan Dewan Rakyat berlangsung lebih
profesional agar suara rakyat didengar oleh kerajaan.
“Saya juga mahu memastikan tradisi semak dan imbang (check and balance) yang dipikul Pakatan Rakyat bertambah mutu dan kualiti perbahasannya sesuai dengan sokongan majoriti rakyat sebanyak 51 peratus.
“Pakatan akan ‘menyerang’ Umno BN dengan lebih hebat lagi berdasarkan maklumat dan data yang kami peroleh dan pertambahan bilangan Ahli Parlimen yang lebih berwibawa dari semua parti Pakatan.
“Situasi ini pastinya menyebabkan Ahli Parlimen Umno BN tidak senang duduk dalam Parlimen,” ujar Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) itu ketika sidang menangguhkan sesinya, hari ini.
Shamsul, yang sebelum ini digelar sebagai ‘Giant Killer’ mengejutkan ramai pihak apabila berjaya menewaskan mantan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ali Rustam dalam PRU lalu. Beliau mendapat majoriti 5,447 undi selepas memperoleh 46,167 undi, berbanding Mohd Ali sebanyak 40,720 undi. ~ KD

0 orang berkata:
Post a Comment