Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
ROS perlu percepat kes DAP

6 Jun 2013
GEORGETOWN - Kongres Melayu Pulau Pinang (KMPP) meminta Pendaftar Pertubuhan (ROS) mempercepatkan keputusan berhubung kedudukan DAP, susulan isu pemilihan jawatankuasa pusat (CEC) parti itu pada Disember lalu.

Presidennya Rahmad Isahak berkata isu itu membabitkan kepentingan umum terutama di Pulau Pinang, kerana DAP menjadi peneraju dalam kerajaan pakatan di negeri itu.

"KMPP percaya ROS sudah mempunyai cukup bukti dari hasil siasatan yang dibuat sejak enam bulan lepas dan kami percaya serta yakin dengan kuasa yang ada, ROS tidak akan tunduk kepada mana-mana tekanan," katanya pada sidang media, di sini hari ini.

Menurut Rahmad, dakwaan anggota DAP ada penipuan pada pemilihan parti adalah serius, sementelahan  DAP meneraju sebuah kerajaan negeri.    

Beliau mengulas kenyataan terkini ROS yang pada Jumaat lepas dilapor berkata terdapat ramai anggota DAP yang layak menghadiri  Kongres Kebangsaan Ke-16 parti itu tahun lalu tidak menerima notis panggilan, sekali gus menyebabkan mereka tidak dapat mengundi pada pemilihan berkenaan.

Keputusan pemilihan CEC parti berkenaan pada tahun lalu menimbulkan keraguan kerana didakwa wujud penyelewengan oleh anggotanya sendiri apabila DAP dikatakan gagal memberikan notis kepada 753 delegasi yang merupakan anggota sah dan layak mengundi pada hari itu.  - Bernama

1 orang berkata:

paparock said...

apa masalah dgn si khalid samad ni... tak abis2 dgn isu KD...PKR pun takde vokal macam dia ni... banyak lagi hal lain yang perlu diberi perhatian. ni duk asyik berbalah pasal KD... buang masa sahaja.... kan lebih baik pergi tolong rakan2 parlimen yang tewas tu... macam setiawangsa/titiwangsa etc... atau perkuatkan lagi saf kepimpinan untuk cabaran akan datang... kirim salam kat khalid samad tu...dari dulu2 perangai tak berubah-ubah.

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.