Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Saturday, June 22

Nasihat dari Polis...

Polis Nasihat Orang Ramai Tidak Sertai Himpunan 'Black 505' di Padang Merbok

KUALA LUMPUR: Polis menasihatkan orang ramai supaya tidak menyertai Himpunan 'Black 505' yang dijadual diadakan di Padang Merbok dan beberapa lokasi sekitar ibu negara, esok.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mohmad Salleh berkata pihaknya mendapat maklumat bahawa pihak penganjur mengarahkan semua peserta perhimpunan mencetuskan provokasi terhadap pihak berkuasa yang ditugas mengawal keadaan.

"Provokasi tersebut bertujuan untuk menimbulkan kemarahan pihak polis terhadap peserta-peserta perhimpunan yang boleh mencetuskan kekecohan di tempat-tempat tersebut," katanya dalam kenyataan di sini Jumaat.

Beliau berkata penganjur juga dijangka akan mencetuskan huru-hara di sekitar Kuala Lumpur dengan tujuan untuk disebarkan ke seluruh dunia melalui medium komunikasi bagi menunjukkan kekerasan pihak berkuasa.

Mohmad turut menegaskan bahawa perhimpunan tersebut menyalahi undang-undang kerana ia bercanggah dengan Akta Perhimpunan Aman 2012.

Katanya, pihak polis tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas ke atas mana-mana individu yang sengaja melanggar akta tersebut atau sebarang undang-undang yang termaktub dalam perlembagaan negara. -BERNAMA

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.