Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Sunday, June 23, 2013

Peserta berkhemah diberi notis dua jam untuk kosongkan Padang Merbok


Kadang-kadang bila difikirkan pelik juga pihak berkuasa di Malaysia ni.. pengganas-pengganas dari Sulu yang lengkap bersenjata menceroboh dan berkampung di Sabah, tidak dihalau serta merta malah tindakan diplomasi digunakan terhadap mereka..

Selama tiga minggu pengganas-pengganas itu cuba dipujuk melalui rundingan..Tapi bila berhadapan dengan rakyat sendiri pula tidak ada pula ruang untuk berdiplomasi kerana mengikut peraturan kononnya..


Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) hari ini mengeluarkan notis dua jam kepada kumpulan yang berkhemah di Padang Merbok di Kuala Lumpur untuk mengosongkan kawasan itu.

Pegawai Penguatkuasa DBKL yang ditemui di kawasan itu berkata notis tersebut dikeluarkan pada pukul 10.15 pagi supaya membuka dan mengalihkan khemah yang didirikan di tempat awam tanpa kebenaran Datuk Bandar Kuala Lumpur.

"Kita bagi masa sehingga pukul 12.15 tengah hari ini kepada mereka namun jika mereka gagal mematuhi arahan yang dikeluarkan tindakan akan diambil," katanya ketika ditemui di ibu negara hari ini.

Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Badrul Hisham Shahrin atau dikenali Cikgu Bard berkata kira-kira 100 buah khemah didirikan di kawasan Padang Merbok itu selepas perhimpunan Black 505 semalam.

"Semalam seramai 246 orang yang bermalam di sini dan hari ini kita akan bertindak mengikut keadaan semasa serta bergantung kepada arahan DBKL," katanya. -Bernama

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.