2013/06/23
BLACKOUT PADANG MERBOK:40 khemah turun, 50 masih kekal
Pengerusi
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Badrul Hisham Shaharin hari ini
berkata kira-kira 40 buah khemah yang didirikan di Padang Merbok selepas
himpunan Black 505 semalam telah diturunkan.
Ia ekoran tindakan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menyerahkan notis supaya mengosongkan Padang Merbok dalam tempoh dua jam pagi ini.
Bagaimanapun, ketika dihubungi Malaysiakiniawal petang ini, beliau yang lebih dikenali sebagai Chegubard berkata, baki 50 buah khemah lagi masih lagi kekal strukturnya di padang itu.
"Kami sedang berbincang peringkat demi peringkat (sama ada untuk menurunkannya). Isunya bukan dengan DBKL. Isunya adalah mendesak (kepimpinan) SPR (Suruhanjaya Pilihan Raya) letak jawatan," katanya.
Sementara itu, Pengarah Propaganda SAMM Edy Nor Reduan berkata, setakat jam 1.30 petang ini tiada apa-apa tindakan daripada DBKL sekalipun kira-kira 30 pegawai DBKL berada berdekatan kawasan perkhemahan mereka.
Sebelum itu,Bernama melaporkan DBKL hari ini mengeluarkan notis dua jam kepada kumpulan yang berkhemah di Padang Merbok di Kuala Lumpur untuk mengosongkan kawasan itu.
Pegawai Penguatkuasa DBKL yang ditemui di kawasan itu berkata notis tersebut dikeluarkan pada pukul 10.15 pagi supaya membuka dan mengalihkan khemah yang didirikan di tempat awam tanpa kebenaran Datuk Bandar Kuala Lumpur.
Penganjur mendakwa 100 khemah didirikan di Padang Merbok selepas perhimpunan Black 505 semalam dan 246 orang bermalam di situ malam tadi.

0 orang berkata:
Post a Comment