Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

TETIBA PERKATAAN BERTEMPO PULAAAK !


Jumaat, 21 Jun 2013

Pulak Dah..!! : Polis dakwa penganjur 'Black 505' mahu lihat pertempuran






Polis Kuala Lumpur dalam satu kenyataan lewat petang ini mendakwa menerima maklumat tentang cubaan peserta himpunan 'Blackout 505 esok' untuk menimbulkan provokasi terhadap pihak berkuasa.
Ketua pasukan itu Datuk Mohmad Salleh berkata polis mendakwa menerima maklumat peserta di tujuh lokasi himpunan akan "menimbulkan kemarahan polis", dan "mencetuskan huru-hara sekitar Kuala Lumpur".

"Suasana tersebut akan sengaja disebar ke seluruh pelusuk dunia melalui medium komunikasi masa kini bagi menunjukkan kekerasan pihak berkuasa.

"Justeru itu, pihak polis menasihati orang ramai agar tidak menyertai himpunan ini kerana ia jelas menunjukkan pihak penganjur sengaja ingin melihat pertempuran berlaku di antara pihak berkuasa dan orang ramai," kata polis dalam kenyataan mereka.

Perhimpunan esok untuk memprotes perjalanan pilihan raya lalu antara lain menuntut pimpinan tertinggi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) agar meletak jawatan dan pilihan raya diadakan semula di beberapa tempat dengan keputusan meragukan.

Black 505: Kerajaan 'sihat' benarkan himpunan aman

MARANG: PAS menyifatkan mana-mana kerajaan yang ‘sihat’ akan bersikap terbuka menerima teguran dan kritikan dari rakyat.

Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata himpunan aman merupakan salah satu dari cara rakyat menegur dan mengkritik kerajaan.

Sebagai contoh, katanya di negara barat seperti England dan Amerika himpunan aman dibenarkan dengan syarat tidak melakukan huru-hara serta keganasan.

Namun, kata Ustaz Abdul Hadi, himpunan aman yang dianjurkan di negara ini sering kali dicemari dengan provokasi serta ‘ketakutan’ di pihak kerajaan.

“Apa kita (kerajaan) takut dengan demontrasi ini aman. Sepatutnya, kerajaan yang ‘sihat’ dia terbuka untuk orang tegur dia, orang kritik dia.

“Rakyat yang tidak puas hati, dia (kerajaan) tahu apa yang rakyat tidak puas hati itu dan dia buat perubahan. Dia (kerajaan) bukan Tuhan tahu segala-galanya dan jika dia (kerajaan) bukan Tuhan, melalui demontrasi apa yang dia tidak tahu akan jadi tahu dan boleh buat perubahan.

“PAS menghormati demokrasi. Di England umpamanya, di Amerika dan di negara barat ada tempat (perkara) yang kita (Islam) boleh ikut dan ada tempat yang kita tidak boleh ikut dia (barat).

“Di sana, dibenar demontrasi cuma jangan pecah pasu bunga, taman-taman, pecah kedai itu tidak boleh. Polis kawal dan orang buat demontrasi, dilepas dia (rakyat) punya perasaan dia…habis.

“Ini belum apa-apa lagi sudah dihentam dengan gas dan provokasi. Saya tahu ada provokasi dan saja hendak buat huru-hara,” tegas beliau pada satu sidang media di kediamannya di Rusila Marang, hari ini.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.