6/06/13
'Barangkali nafi royalti minyak juga hina raja' - Nik Abdul Aziz

Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz
Nik Mat optimis pihak berkuasa akan menjalan siasatan sebaik-baiknya
terhadap seorang wanita yang ditahan atas tuduhan menghina Seri Paduka
Baginda Yang di-Pertuan Agong.
Bagaimanapun, bekas menteri besar
Kelantan itu berkata, membelakangkan titah sultan untuk mengembalikan
royalti minyak juga barangkali boleh dimasukkan dalam kategori sama.
"Di sebuah negeri, pernah sultan negeri
berkenaan bertitah di dalam dewan agar dikembalikan royalti minyak dan
didaratkan gas yang ditemui di lautan negeri ke pantai yang terdekat.
"Namun malangnya pembangkang di negeri berkenaan membelakangi titah sultan.
"Barangkali ini juga boleh dimasukkan di dalam kategori menghina raja," tulisnya dalam Facebook hari ini.
Seorang wanita yang didakwa menghina
Yang di-Pertuan Agong dalam laman sosial Facebook miliknya, kelmarin
ditahan pihak berkuasa.
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia
Malaysia (SKMM) menyebut pihaknya dengan kerjasama Jabatan Siasatan
Jenayah Komersial Polis Diraja Malaysia (PDRM) berjaya mengesan dan
menahan suspek hasil siasatan serta maklumat orang ramai.
Kenyataan itu menyebut siasatan terhadap
wanita itu dijalankan bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia
1998 dan juga boleh didakwa bawah Akta Hasutan 1948.- mk


0 orang berkata:
Post a Comment