Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

PANAS BLACKOUT 505

Blackout 505 KL mungkin jejas program lain
NIZAM ZAIN
6 Jun 2013
Datuk Abdul Rahman Dahlan
Datuk Abdul Rahman Dahlan
PUTRAJAYA - Hasrat Sekretariat Blackout 505 untuk mengadakan perhimpunan pada 15 Jun ini di Padang Merbok, Kuala Lumpur dikhuatiri mengganggu sebuah acara kemasyarakatan berjalan lancar di lokasi sama.

Program di bawah Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan iaitu ‘Larian Kitar Semula’ akan diadakan di lokasi terbabit bermula jam 7.30 pagi.

Menterinya, Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata, program itu merupakan aktiviti tahunan kementeriannya dan beliau berharap pihak penganjur perhimpunan itu tidak meneruskan hasrat mereka bagi mengelakkan program kemasyarakatan itu terganggu.

"Pada pagi itu (15 Jun), kementerian saya adakan acara larian kitar semula di situ (Padang Merbok).

"Jadi saya berharaplah (jangan buat di lokasi sama), kita ada undang-undang yang dibuat digubal di Parlimen, bukan di tepi jalan,” katanya kepada pemberita di pejabat kementeriannya, di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas hasrat penganjur Blackout 505 untuk mengadakan perhimpunan membantah keputusan PRU13 di ibu negara, Sabtu depan.

Pada Rabu lalu, sekretariat itu yang diketuai oleh Rafizi Ramli dari PKR, Anthony Loke Siew Fook dari DAP dan Syed Azman Syed Nawawi dari Pas telah menghantar notis 10 hari itu kepada Balai Polis Dang Wangi dan DBKL untuk mengadakan perhimpunan itu.

Abdul Rahman sebelum ini menyatakan kepada Sinar Harian Online bahawa beliau tidak akan membenarkan perhimpunan Blackout 505 diadakan di ibu negara.

Menurutnya, tindakan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mahu sekali lagi menganjurkan himpunan itu amat dikesali.

“Tindakan Anwar ini bukan saja tidak bertanggungjawab, malahan ia mampu menggugat kestabilan politik negara ini,” katanya.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.