Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

BERBOHONG DAN BERMUSLIHAT


Isnin, 8 Julai 2013

Mesir: Keadaan Semakin Tegang Dengan Serangan Terbaru Terhadap Penyokong Pro-Morsi

KAHERAH: Satu serangan berlaku terhadap sekumpulan penyokong pro-Morsi menyebabkan sekurang-kurangnya 35 orang terbunuh di Kaherah pada Isnin sehingga keadaan semakin tegang di ibu negara itu.
Kumpulan tersebut yang terdiri lelaki, wanita dan kanak-kanak bersembunyi di Masjid Mustafa di jalan Salah Salem di sini, kira-kira beberapa ratus meter dari ibu pejabat pengawal republik.
Kumpulan itu mengunci mereka sendiri di masjid berkenaan.
Mereka berkata, tentera dan polis mula menyerang mereka pada kira-kira pukul 9 pagi (3 petang waktu Malaysia).
Mereka menunjukkan kelonsong peluru, baju-baju berdarah dan sejadah sebagai “bukti”.
Bagaimanapun, tentera berkata, tentera terpaksa melepaskan tembakan bagi mengawal keadaan di kawasan itu dan melindungi ibu pejabat apabila sekumpulan lelaki bersenjata cuba untuk mengadakan serangan.
Ia berkata, sebahagian daripada lelaki terbabit kemudiannya melarikan diri ke dalam masjid untuk bersembunyi dan mengunci mereka sendiri di dalamnya.
Pihak tentera berkata, kumpulan itu berbohong dan tidak memasuki ke dalam masjid, menyebabkan kesemua lelaki, wanita dan kanak-kanak bebas untuk pergi.
Tetapi kerana terdapat banyak keraguan, ramai yang tidak meninggalkan kawasan itu.
Serangan pada pagi itu mengakibatkan 35 orang terbunuh dan menyebabkan kumpulan pro-Morsi bertambah marah.
Para penyokong pro-Morsi percaya tentera yang menggulingkan Presiden, Mohamed Morsi kini sedang berada di Ibu Pejabat Pengawal Republik dan beratus ribu berhimpun bagi mendesak supaya beliau dibebaskan dan kembali memegang jawatan sebagai presiden.
Serangan pada pagi Isnin itu memaksa orang ramai melarikan diri. Tetapi mereka kembali semula dengan ratusan ribu apabila berita mengenai kematian terbaru tersebar.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.