Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

CER TEKA SIAPA ?

07 Julai, 2013

PAS Pilih Calon Paling Popular Di PRK Kuala Besut

SHAH ALAM – Bahang Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Besut semakin dirasai terutamanya ketika beberapa nama turut disebut akan dipilih parti masing-masing.

Dalam perkembangan berkaitan, Sinar Harian Online difahamkan, Pas akan meletakkan calon yang popular bagi merebut tempat yang digalas Adun BN sebelum ini. Ketua Penerangan Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, seramai tiga calon Pas sudah disenaraipendek untuk bertanding pada PRK Kuala Besut, 24 Julai depan.

Mengulas mengenai ciri-ciri calon, selain daripada anak tempatan, Pas turut mengutamakan calon yang popular di kawasan Dun berkenaan."Pas juga pastikan calon yang diletakkan pada PRK ini merupakan calon boleh menang untuk memastikan kerusi Dun Kuala Besut kembali dimenangi parti itu seperti tahun 1999.

“Keutamaan kita memang calon tempatan, tapi kita nak kali ini ia dikenali di pulau dan darat.“...dan sudah semestinya kita akan meletakkan calon boleh menang di situ dan membawa isu tanah dan pentadbiran kawasan tersebut,” katanya kepada Sinar Harian Online, hari ini.

Sebelum ini, Pas dan Umno dilaporkan akan mengumumkan calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Kuala Besut, Selasa ini.Sementara itu, Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali turut mengesahkan, senarai nama tiga calon itu akan dibincangkan dalam mesyuarat khas Pas Pusat pada  Isnin bagi memilih calon yang layak.

“Kita akan buat pemilihan terakhir pada mesyuarat Isnin ini, Insya-ALLAH pada malam Isnin.“Calon itu kita pilih semua orang muda, namun ada wakil daripada Pemuda Pas atau tidak, saya tidak boleh beritahu,” katanya. ~sinar harian

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.