Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

DEME TAKKAN NAK LAYAN !


08 Julai 2013


Antara soalan MP PAS : PM diminta jelaskan kos sepanjang tempoh PRU13

29 Syaaban 1434 H. [MOD] -
KUALA LUMPUR: Siti Zailah Mohd Yusoff [PAS-Rantau Panjang] minta Perdana Menteri menyatakan berapakah kos yang telah digunakan oleh Kerajaan sepanjang tempoh pilihan raya ke-13 yang lalu.

Beliau yang juga Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat mengemukakan pertanyaan bagi jawab lisan itu pada persidangan Dewan Rakyat, hari ini.


Soalan daripada ahli-ahli parlimen PAS yang disenaraikan hari ini seperti di bawah.

Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang [Marang] minta Menteri Luar Negeri menyatakan apakah status sebenar lawatan YAB Perdana Menteri ke Gaza, Palestin, pada bulan Januari 2013 yang lalu, sama ada lawatan sosial (kemanusiaan) atau lawatan rasmi Kerajaan dan apakah hasil daripada lawatan tersebut.

Dr. Che Rosli Che Mat [Hulu Langat] minta Menteri Komunikasi Dan Multimedia  menyatakan:-

(a) apakah langkah Kerajaan untuk meningkatkan kadar celik komputer di kalangan masyarakat luar bandar; dan
(b) bagaimanakah jurang perbezaan ini antara masyarakat bandar dan luar bandar.

Khalid Abdul Samad [Shah Alam] minta Menteri Pendidikan menyatakan status projek Hub Pendidikan di Pagoh yang telah dilancarkan pada 2012 iaitu konsepnya, siapa kontraktor yang dilantik dan berapakah kos pembinaannya.

Ahmad Marzuk Shaary [Bachok] minta Menteri Kesihatan menyatakan tarikh diluluskan, tarikh mula dan tarikh dijangka siap projek pembinaan Hospital Bachok. Apakah kesan buruk kepada rakyat akibat kelewatan pembinaan tersebut.

Datuk Mahfuz Omar [Pokok Sena] minta Perdana Menteri menyatakan hasil rumusan dan cadangan dari kajian ke atas Projek High Speed Rail (Projek HSR) yang telah disiapkan oleh Mickensey & Company Konsultan yang dilantik oleh Kerajaan, nyatakan kos pembangunan, jarak, jajaran, masa perjalanan, kelajuan purata serta teknologi dan sistem kereta api berkelajuan tinggi yang bakal digunakan.

Dr. Mohd. Khairuddin Aman Razali [Kuala Nerus) minta Menteri Kerja Raya
menyatakan kos terkini dan faktor kelewatan menyiapkan Lebuhraya Pantai Timur.

Idris Ahmad [Bukit Gantang] minta Menteri Kewangan menyatakan apakah plan Kerajaan untuk menjelaskan hutang negara yang semakin bertambah.

Wan Hasan Mohd Ramli [Dungun] minta Perdana Menteri menyatakan tindakan yang telah diambil untuk memenuhi keperluan asas Generasi Kedua Felda.

Datuk Dr. Mujahid Yusof Rawa [Parit Buntar] minta Menteri Dalam Negeri menyatakan usaha membersihkan Sabah daripada kebanjiran pendatang Filipina yang boleh menggugat keselamatan negara.

Datuk Takiyuddin Hassan [Kota Bharu] minta Menteri Belia Dan Sukan menyatakan:-

(a) langkah yang akan diambil oleh Kerajaan Persekutuan untuk membantu FAM meningkatkan mutu bola sepak negara yang kini menduduki 'ranking' FIFA melebihi tangga ke-100 dunia, sedangkan pada masa dahulu Malaysia adalah antara Gergasi Bola sepak terutamanya di benua Asia, malahan pernah dua
kali melayakkan diri dalam acara bola sepak di Temasya Sukan Olimpik; 
dan

(b) langkah yang akan diambil oleh Kerajaan Persekutuan untuk membantu membendung gejala rasuah yang diterajui oleh 'bookies' dalam sukan terutamanya bola sepak di negara ini, yang bukan sahaja menjejaskan mutu bola sepak negara malahan boleh menjejaskan imej negara terutama dari segi Indeks Persepsi Rasuah (Corruption Perceptions Index).

Dr. Mohd Hatta Md. Ramli [Kuala Krai] minta Menteri Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah menyatakan jalan-jalan kampung yang akan dinaiktarafkan bagi tahun 2013 di Parlimen Kuala Krai.

Dr. Hajah Siti Mariah Mahmud [Kota Raja] minta Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan Dan Kerajaan Tempatan menyatakan status terkini projek perumahan sakit dan tergendala dan tindakan ke atas pemaju yang gagal "deliver" rumah kepada pembeli. Apakah tahap perlaksanaan konsep/polisi bina dan jual (build and sell) industri perumahan di negara kita.

Siti Zailah Mohd Yusoff [Rantau Panjang] minta Perdana Menteri menyatakan berapakah kos yang telah digunakan oleh Kerajaan sepanjang tempoh pilihan raya ke-13 yang lalu.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.