SPR
SPR
KUALA LUMPUR - Ahli akademik yang arif tentang selok-belok pilihan raya wajar dibawa menganggotai Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi menambah baik peranan badan itu, saran seorang ahli akademik.

Pensyarah di Jabatan Komunikasi Kuliyyah Ilmu Wahyu dan Sains Kemanusiaan, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Prof Datuk Seri Dr Syed Arabi Idid berkata ramai ahli akademik di negara ini membuat kajian dan penerbitan berkaitan 13 pilihan raya umum yang dijalankan sebelum ini dan boleh dimanfaatkan sebagai nasihat atau cadangan kepada SPR.


"Negara mempunyai ahli akademik yang pakar dalam bidang pendidikan pilihan raya yang boleh menjadi ahli dan panel SPR.


"Kalau mereka tidak mempunyai pengetahuan, mereka (SPR) mungkin disalah tafsir dan terjadi salah anggapan oleh masyarakat kita," katanya.


Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas membentangkan kertas kerja bertajuk 'Future Implications' di 'Seminar on 13th General Election (GE13): An Analysis and Aftermath' di UIAM di sini, hari ini.


Seminar dua hari anjuran Jabatan Komunikasi UIAM, Majlis Profesor Negara dan Asian Network for Public Opinion Research (ANPOR) itu dihadiri lebih 100 peserta dari dalam dan luar negara. - Bernama