Kuala Besut: Calon BN di depan tetapi PAS ada peluang
Dua hari menjelang hari pengundian, pengkaji pilihan raya Ilham Centre
mendapati Barisan Nasional (BN) berada di depan tetapi calon PAS
berpeluang menang di Kuala Besut jika beberapa strategi saat-saat akhir
dilaksanakan PAS
Pengarah Eksekutif Ilham Centre, Mohamad Hisomudin Bakar k berkata,
kajian yang dibuat oleh pihaknya mendapati calon PAS Azlan@Endot bin
Yusof atau Che Long sangat dikenali ramai.
"Kajian antara 18 sehingga 21 Julai 2013 menunjukkan populariti calon
PAS jauh mendahului 71 peratus berbanding 14 peratus bagi calon BN,"
katanya.
Hisomudin berkata demikian kepada The Malaysian Insider berdasarkan
kajian Ilham Centre melibatkan 546 responden di semua lapan daerah
mengundi dalam DUN Kuala Besut.
"PAS berpeluang menang jika membawa balik hampir 2,000 pengundi yang
berada di luar Kuala Besut untuk mengundi di samping bergantung kepada
pengundi muda.
"Jika PAS tidak berjaya membawa balik pengundi luar, kami jangka majoriti BN meningkat," katanya.
Ilham Centre memiliki reputasi yang baik dalam kajian prapilihan raya
ekoran hampir semua ramalan pada pilihan raya kecil musim lalu, agak
tepat.
Kira-kira 17,000 pengundi Kuala Besut mengundi di lapan pusat mengundi s
Pengundian bermula jam 8 pagi dan berakhir jam 5 petang esok.
Keputusan rasmi diperoleh SPR jam 10.30 malam ekoran bulan Ramadan
tetapi keputusan tidak rasmi dijangka mula diterima sekitar jam 7.30
malam.
PAS dianggap underdog dalam pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan
(DUN) Negeri Kuala Besut ini selepas kalah majoriti agak besar dalam
pilihan raya lalu iaitu 2,400 undi.
Bagaimanapun, penampilan Che Long sebagai calon PAS menjadikan pertembungan sengit dan sukar diramal.
Walaupun popular tetapi kekuatan imej Che Long dilihat tidak dapat
diterjemahkan kepada bentuk undi atas beberapa faktor yang lebih
dominan, lapor Ilham Centre.
Sejarah pertembungan radikal dan ekstrim PAS – Umno suatu ketika dahulu
yang menyaksikan isu kontroversi seperti kafir-mengkafir dan sembahyang
dua imam masih membayangi pengundi.
Penampilan Che Long yang mewakili PAS dilihat membawa imej kebajikan
untuk semua tetapi perwatakan rentas parti belum berjaya memadamkan
legasi lama. - 23 Julai, 2013.
0 orang berkata:
Post a Comment