23 Julai, 2013
Rafizi Bikin Panas Lagi..
PETALING JAYA - PKR mendakwa penganugerahan kontrak dakwat kekal kepada
syarikat milik Mohamed Salleh Alli pada PRU13 lalu turut membekalkan
topi untuk petugas dan pegawai SPR.
Pengarah Strateginya, Rafizi Ramli berkata pihaknya juga mendapati
kontrak yang diberikan kepada tiga syarikat pembekal topi itu
menggunakan nama yang berbeza tetapi dikawal individu yang sama.
Beliau mendakwa dua daripada tiga syarikat tersebut dimiliki isteri dan
pekerja Mohamed Salleh iaitu Shamsia Mansoor serta Norsiah Yusoff.
"Hasil semakan kami dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM),
ketiga-tiganya mempunyai hubung kait secara langsung dengan Mohamed
Salleh Alli," katanya pada sidang media di sini, hari ini.
Rafizi turut mempertikaikan soal pemberian kontrak secara terus kepada
tiga syarikat. "Kenapa perlu beri pada tiga syarikat? Kenapa tidak
diberi kepada satu syarikat sahaja?
"Rundingan terus ini menunjukkan ada sesuatu yang cuba disembunyikan
oleh SPR dari pihak berkuasa dan orang ramai. Ia boleh berlaku jika
Mohamed Salleh Alli ada hubungan istimewa dengan pimpinan SPR," katanya.
Beliau menjangkakan, kontrak topi tersebut bernilai RM 6 juta.
"Keseluruhan kontrak mungkin bernilai RM 6 juta berdasarkan 300,000
pegawai dan 250,000 petugas SPR.
"Jika satu topi berharga RM20, didarabkan dgn keseluruhan jumlah tersebut, secara kasar, ia berjumlah RM 6 juta," katanya. ~sinar harian



0 orang berkata:
Post a Comment