Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Media arus perdana akan bebas bila BN kalah, kata bekas bos NSTP

Oleh Md Izwan
July 08, 2013
Datuk A. Kadir Jasin percaya media arus perdana hanya akan bebas seperti media baru apabila kerajaan Barisan Nasional (BN) kalah dalam pilihan raya.
Bekas Ketua Pengarang Kumpulan Akhbar New Straits Times itu tersebut mengakui media arus perdana dikawal oleh pemerintah BN dimana polisi dan hala tuju mereka turut ditentukan oleh kerajaan.
"Pemerintah menguasai media arus perdana dan mereka yang berada dalam organisasi terpaksa mengikut polisi yang disediakan," kata A. Kadir dalam dalam satu seminar "GE:13 An Analysis and Aftermath" hari ini di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).
Dalam pada itu, A. Kadir berpendapat selagi pemerintah tidak bertukar maka sukar untuk melihat sebarang perubahan serta menegaskan perubahan media yang lebih bebas berlaku negara jiran seperti Thailand dan Indonesia berlaku kerana pertukaran pemerintah.
"Untuk melihat media yang dikawal dan dikuasai oleh kerajaan, dimana media arus perdana akan berubah saya tidak fikir ia akan berlaku.
"Kita lihat contoh negara jiran seperti Thailand dan Indonesia dimana mereka tidak mempunyai masalah ini kerana pemerintah bertukar," tegasnya lagi.
Dalam pada itu, keputusan pilihan raya pada 5 Mei lalu adalah jelas menunjukkan keengganan kerajaan BN untuk berubah meskipun kehilangan sokongan daripada masyarakat Cina dan India berbanding Pilihan Raya 2008.
"Selepas pilihan raya, media arus perdana mengatakan kerajaan tidak kalah walaupun Cina dan India tidak pilih mereka kerana Umno kuat.
"Mereka berkata kami tidak akan berubah dan kamu perlu mengikut jejak kami," kata A. Kadir merujuk kepada keputusan pilihan raya baru-baru ini.
Pencapaian BN dalam Pilihan Raya 2013, lebih buruk daipada 2008.
Kerusi di Parlimen jatuh daripada 140 kepada 133. Manakala bagi kerusi DUN, BN merosot daripada 306 kepada 274 walaupun dapat menawan semula Kedah dan mengesahkan penguasan ke atas Perak.
Isu kebebasan media khususnya arus perdana menjadi perkara yang sering dibangkitkan oleh Pakatan Rakyat (PR), malahan beberapa pemimpin PR juga telah memenangi beberapa saman ke atas media kawalan kerajaan tersebut atas laporan berat sebelah dan fitnah yang diterbitkan mereka.

Kes terbaru adalah pada minggu lalu apabila bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin menang dalam kes fitnah terhadap Utusan Melayu (M) Bhd berkaitan plat WWW1 yang dibeli oleh Sultan Johor. Bagaimanapun, PR dikatakan mempunyai penguasaan lebih banyak di media baru yang dikatakan adalah penentu kepada keputusan pilihan raya 5 Mei lalu terutamanya media sosial seperti Facebook, Twitter, blog dan laman-laman berita alternatif lain.
Awal Januari lalu, media melaporkan kedudukan Malaysia yang merosot ke tangga 145 daripada 179 negara lain dalam Indeks Kebebasan Akhbar sedunia. - 8 Julai, 2013.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.