Ashiq Elahi
Ashiq Elahi
 
ALOR SETAR - Gabungan Institusi Pondok, Tahfiz dan Ilmuwan Sunni (GIPTIS) mendakwa terdapat segelintir pemimpin parti politik di negara ini terlibat dengan kegiatan ajaran Syiah.

Pak Karamu: Jika benar sebagaimana didakwa maka tanggungjawab kamu melaporkan kepada majlis agama, dan tentukan ada peraturan menghukum mereka jika hanya bercakap sahaja lebih bai tutu mulut

Timbalan Pengerusinya, Ashiq Elahi berkata, kegiatan itu mula dikesan pihaknya hasil pemerhatian yang dijalankan sejak beberapa tahun lalu.

Pak Karamu: Lama juga kamu membuat pemerhatian dan pengesanan, mengapa baru sekarang baru nak khabaq, ada apa-apa kepentingan ?

“Dalam kalangan pemimpin parti politik memang ada yang mengikut dan menyokong ajaran Syiah. Walaupun segelintirnya tidak beramal, tetapi dia tetap menyokong.

Pak Karamu:  Cuba kamu terus terang, dari kalangan mana mereka, nanti senang nak buat perhitungan ?

“Apa yang saya tahu sekurang-kurangnya terdapat belasan pemimpin dari parti politik di negara ini turut terlibat dengan ajaran tersebut,” katanya.

Pak Karamu:Apa yang kamu tahu adalah yang kamu maklum dan kamu akan membuat aduan pada jabatan agama supaya mereka diambil tindakan
 
Beliau mendakwa, di Kedah ada lebih kurang enam pemimpin parti politik terlibat dengan kegiatan itu. Dua daripadanya adalah pemimpin utama sebuah parti, selebihnya pula sebagai jawatankuasa dalam parti berkenaan.

Pak Karamu: Kenyataan kamu mengesahkan kamu arif tentang kegiatan mereka, kamu wajib buat laporan sekarang, jika tidak apa tujuan kamu membuat kenyataan ini ?

Mengulas mengenai cadangan untuk mewartakan fatwa anti-Syiah di negara ini, beliau berkata, satu tindakan tegas perlu diambil kepada mereka terlibat.

Pak Karamu: Saya bersetuju mewartakan fatwa tentang kegiatan mereka dan tindakan tegas diambil tapi tentukan fatwa yang betul mengikut  lunas akidah, ertinya bila disebut fatwa maka ia adalah sesuatu yang tidak jelas akan diperjelaskan dari segi akidah,

“Saya sarankan Kementerian Dalam Negeri (KDN) supaya perhatikan perkara ini agar ia tidak menular dan dibawa masuk ke dalam pasukan tentera dan polis,” katanya.

Pak Karamu: Saranan kamu jangan pakai cakap saja, kamu kena buat temu janji dengan kementerian dan perjelaskan hasrat kamu, nampaknya kamu mempunyai cita-cita besar dan murni, sila teruskan