Datuk Seri Mustapa Mohamed
Datuk Seri Mustapa Mohamed
 
BESUT -  BN Kelantan akan menjadikan kemenangan Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman sebagai motivasi untuk parti itu meneruskan perjuangan di negeri yang diperintah Pas.

Pak Karamu:  Pengundi Kuala Besut kurang bertamadun, tertutup dari alam maya seber, sebab tu mereka tak tahu apa berlaku diluar tentang perkembangan politik semasa, pemikiran mereka masih dijajah dan dibelenggu

Pengerusi Perhubungan Umno Negerinya, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, walaupun BN di Kuala Besut diserang bertubi-tubi namun pembangkang tidak dapat menembusi kubu kuat parti komponen itu.
 
Pak Karamu: Betul ! Sebab utama juga ialah pemikirang mereka masih macam tahun 50 an, istilahnya mereka masih karat ijau naik nak biru

Menurutnya, strategi yang digunakan Pengarah PRK Pas Dun Kuala Besut yang dilantik tidak "mengena" dan perjuangan Pas Kelantan tidak relevan di Besut.

Pak Karamu: Setuju, sebab Kelantan dah celik tamadun dan agama

"Kita bersyukur Besut kekal jadi kubu kuat BN walaupun sebelum ini kita diserang bertubi-tubi tapi kubu ini tidak boleh ditembusi, saya tahu strategi yang digunakan Pas Kelantan.

Pak Karamu: Standard rakyat kuala Besut makan umpan yang enak-enak, umpan PAS hanya dengan air liur

"Kemenangan ini bagi kami di Kelantan semangat untuk meneruskan perjuangan walaupun kami kalah baru-baru ini," katanya kepada ketika ditemui pemberita selepas pengumuman keputusan rasmi bagi PRK Dun Kuala Besut, di sini, malam tadi.

Pak Karamu: Mustaffa Muhammad kenalah bawa rakyat Kelantan berfikir kezaman batu, baru la UMNO kelantan boleh rampas balik

Pada 6 Julai lalu, BN Kelantan menyatakan kesediaan bekerja keras bagi memastikan parti itu memenangi PRK Dun Kuala Besut.

Pak Karamu: Setuju, kerja keras UMNO Kelantan la UMNO Kuala Besut dapat dipertahankan dengan membuat syur bagi pitih

Mustapa sebelum itu dipetik berkata, mulai 7 Julai, 50 petugas termasuk penceramah akan dihantar untuk membantu Umno Bahagian Besut menghadapi pilihan raya kecil itu.

Pak Karamu: Dengar tu menteri pusat ! pasai Mustaffa UMNO menang di Kuala Besut, jangan lupa jasa ayaoh Pa nih !

"Dun Kuala Besut berjiran dengan Kelantan khususnya Pasir Puteh, sudah pasti Umno Kelantan akan memainkan peranan besar dalam memastikan BN menang pada pilihan raya kecil itu," katanya.

Pak Karamu: Menteri Pusat kena ucap big tq pado ayoh Pa

Dalam pada itu, Mustapa yang juga ahli Parlimen Jeli berkata, dengan kemenangan di kawasan yang dimenangi Pas di Kuala Besut pada PRK menunjukkan  rakyat menaruh harapan dan keyakinan kepada BN.

Pak Karamu: Betul tu, tabur pitih banyok-banyok gerenti mene punyoooo !
 
"Walaupun kami tahu bahawa calon bekerja habis-habisan, tetapi Kampung Baharu iaitu Kampung Che Long juga kami menang.

Pak Karamu: Pak Karamu selute samo UMNO, Che Long sendiri tak dapat kepercayaan dengan orang kampungnya, ini sangat luar biasa

"Yang baiknya kami menang di semua PDM (Pusat Daerah Mengundi).

Pak Karamu:  Ala yang baiknya tabur lagi banyak umpan laaa !

"Alhamdulillah kita yakin rakyat menaruh harap dan keyakinan kepada BN walaupun baru dua bulan setengah kita baru PRU, kita berjaya menambah majoriti," katanya.

Pak Karamu: Alhamdulillah ? Eh boleh sebut alhamdulillah ! setelah tabur pitih ? Nampaknya Allah merestui maksiat kamu !