Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

UMNO TAK PERLU BERUBAH

21 Julai, 2013

Umno Hanya Boleh Berubah Apabila Kalah Dalam PRU - A. Kadir Jasin

Bekas Ketua Pengarang Kumpulan New Straits Times Press (NSTP) membayangkan peluang untuk Umno berubah tipis kecuali berlaku perubahan drastik termasuk kalah pilihan raya umum.
"Harapan Umno berubah kepada yang lebih baik melalui pemilihan kepimpinan tahun ini adalah tipis."Umno mungkin berubah hanya jika atau apabila kalah dalam PRU," kata Datuk A Kadir Jasin dalam blognya, hari ini.
Pemilihan Oktober ini dikatakan bersejarah berikutan sistem kuota dimansuh tetapi Kadir menyifatakan ia bukan jaminan untuk parti itu memenuhi tuntutan perubahan.

Seramai 146,500 perwakilan Umno dari 161 bahagian di seluruh negara akan membuat pemilihan pucuk pimpinan parti pada akhir tahun ini selaras dengan pindaan perlembagaan parti pada 2009.
Meskipun pindaan perlembagaan itu memberi ruang secara demokratik, Kadir berkata mustahil Datuk Seri Najib Razak dari kerusi Presiden Umno seperti yang berlaku kepada Tun Abdullah Ahmad Badawi pada 2009.
"Cuma elemen yang menyegerakan pengunduran Abdullah pada tahun 2009 mungkin tidak wujud lagi sekarang atau, kalau ada pun, tidak sekuat dulu," katanya.
Beliau membandingkan pengunduran Abdullah berlaku akibat tekanan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika itu.
Selain itu, Umno juga sudah mengumumkan jawatan presiden dan timbalan presiden tidak akan dipertanding atas alasan prestasi Umno yang baik berbanding parti lain.
Sebaliknya, Kadir berkata banyak faktor lain menyebabkan jawatan penting Umno sekalipun dipertanding, tiada siapa yang cabar berikutan faktor kewangan Najib yang tak siapa mampu tandingi.
"Banyak wakil rakyat Umno, khasnya dari Sawarak dan Sabah, diketahui telah “berunding” dengan Ku Li (Tengku Razaleigh Hamzah).
"Cuma bekas Naib Presiden Umno itu mungkin tidak mempunyai sumber (manusia dan wang) untuk melawan jentera Najib yang kaya sumber," kata Kadir.
Kadir juga tidak menjangka Muhyiddin akan mengambil langkah merebut jawatan presiden parti walaupun prestasi Najib paling buruk berbanding perdana menteri terdahulu.
"Muhyiddin pula dikatakan 'tidak berminat' mencabar Mohd Najib kerana 'sudah penat' dan tidak mahu dilihat sebagai tidak setuju dengan semua PM," katanya. ~the malaysian insider

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.