05 Oktober, 2013
Laporan Yang Gagal Di Siarkan Di Media Arus Perdana..
Pemimpin Umno BN mencanangkan Malaysia negara demokrasi dan bebas.
Merata alam di jaja perkataan ini, tapi realitinya adalah sebaliknya.
Terbaru, laporan dari Freedom House indeks kekebasan internet Malaysia jatuh lagi. Maknanya kebebasan internet di negara kita makin merundum, makin tidak beabas, makin tidak demokrasi..
Terbaru, laporan dari Freedom House indeks kekebasan internet Malaysia jatuh lagi. Maknanya kebebasan internet di negara kita makin merundum, makin tidak beabas, makin tidak demokrasi..
Internet M'sia masih 'separuh bebas'
Malaysia jatuh satu mata dalam tinjauan kebebasan Internet global berbanding tahun lalu, dan kekal "separuh bebas", menurut kajian Freedom House yang berpangkalan di Washington, Amerika Syarikat.
Malaysia mendapat 44 daripada 100 mata, dengan 0 mewakili paling bebas dan 100 paling tidak bebas. Tahun lalu Malaysia mendapat 43 mata.
Antara semua negara di Asia, hanya Jepun dan Filipina disenaraikan dalam kategori bebas.Kajian itu menyebut Malaysia mengawal kandungan politik, sosial dan agama.Ia juga mendapati, manipulasi perbincangan atas talian oleh pengulas prokerajaan antara penyebab kejatuhan kedudukan Malaysia.
Penyebab lain termasuk penangkapan penulis blog dan serangan teknikal terhadap pengkritik kerajaan.
Sementara penembusan Internet pula didapati sebanyak 66 peratus daripada keseluruhan 29 juta rakyatnya dan kebebasan akhbar tidak bebas.
Freedom House menjalankan tinjauan di 60 negara di seluruh dunia. ~mk



0 orang berkata:
Post a Comment