08 Oktober, 2013
Patutlah Ahli Umno Seronok Pinjam Dengan TEKUN.. Ini Sebabnya
PKR
hari ini mendakwa ahli Umno yang meminjam daripada Pinjaman Tabung
Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (Tekun) masih gagal menjelaskan hutang
sebanyai RM1 bilion, susulan daripada pengakuan Ketua Pengarah Eksekutif
(CEO) Tekun, Datuk Abdul Rahim Hassan, semalam bahawa pinjaman tersebut
hanya untuk ahli Umno.
Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi
Fadzil, berkata sejak Tekun ditubuhkan pada 1998, dana sebanyak RM2.42
bilion diberikan kepada 237,173 usahawan dan daripada jumlah tersebut
RM1.6 bilion adalah dana daripada kerajaan pusat.
"Jika ia dipadankan dengan
kenyataan CEO Tekun tersebut, bermakna hampir 40.9 peratus jumlah yang
dipinjamkan kepada amnya ahli Umno belum dibayar balik, iaitu hampir RM1
bilion," katanya merujuk kepada laporan yang diperolehnya melalui
akhbar Utusan Malaysia bertarikh 9 Februari 2013 lalu.
Fahmi berkata, secara puratanya
sebanyak RM650 juta wang rakyat yang dipinjamkan kepada ahli Umno
melalui dana kerajaan pusat tidak lagi dibayar balik.
Katanya, pemberian pinjaman
Tekun membuktikan kerajaan Barisan Nasional (BN) gagal memainkan
peranannya untuk membantu golongan berpendapatan rendah kerana pada masa
sama masih terpaksa memperkenalkan pelbagai bantuan lain seperti
Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M).
"Jumlah penerima BR1M pada 2012 adalah 3.74 juta orang manakala 3.99 juta orang menerima BR1M pada 2013.
"Maka persoalannya adakah Tekun
gagal membantu memperbaiki kedudukan ekonomi khususnya kaum Melayu? Jika
gagal, mengapa," katanya.
Fahmi turut mendesak supaya
Tekun membuka kaunter kutipan hutang pada pemilihan Umno 19 Oktober ini
bagi mengutip semula wang rakyat yang diberikan kepada ahlinya.
Semalam, The Malaysian Insider
melaporkan Abdul Rahim berkata, Tekun ditubuhkan bagi membantu ahli
Umno, malahan menegaskan mereka berhak mengambil pendirian sedemikian
kerana penubuhan agensi tersebut datang daripada parti Melayu itu.
"Pembangkang selalu kata (Tekun)
hanya memberi pinjaman kepada ahlinya, kami mempunyai hak untuk
mempertahankannya kerana ia merupakan idea yang diasaskan parti,"
katanya semalam.
Selain itu, Perdana Menteri,
Datuk Seri Najib Razak juga mengumumkan pemerkasaan ekonomi Bumiputera
dengan memperkenalkan lima langkah bagi memperkasa kumpulan tersebut
memandangkan pegangan ekuiti korporat masih belum mencapai tahap 30
peratus sasaran dan golongan itu kini masih dalam tempoh transformasi
sejak empat dekad lalu.
Bagaimanapun, pengkritik melihat
pelan baru Najib itu bukan untuk membantu golongan Bumiputera
sebaliknya lebih digunakan untuk membantu kroni mereka dalam Umno.



0 orang berkata:
Post a Comment