14 Oktober, 2013
Berita Menggemparkan Buat Rakyat Malaysia.. Saksikanlah
Kementerian Dalam Negeri (KDN) sukar untuk menangani masalah kemasukan
Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) ke negeri ini kerana terdapat banyak
laluan tikus yang membolehkan PATI meloloskan diri.
Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar
berkata, sempadan yang merentasi perbatasan sepanjang 2,110 kilometer
yang bersempadanan dengan dua negara iaitu Brunei dan Kalimantan Barat
Indonesia menyukarkan lagi tugas itu.
Menurutnya, di sempadan itu juga tidak mempunyai pagar benteng atau halangan untuk menyekat kemasukan PATI.
“Dalam keadaan ini maka rintasan melalui jalan tikus telah berlaku daripada sini ke sana atau sebaliknya,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika mengadakan sidang akhbar Mesyuarat
Penyelarasan Isu Sempadan di salah sebuah hotel terkemuka di sini hari
ini.
Katanya, untuk mengatasi masalah kemasukan PATI secara haram Kompleks
Pemeriksaan Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) dibina seperti di
Tebedu dan Biawak, selain 10 buah Pos Kawalan Sempadan.
“Satu lagi halangan yang kita dapati bahawa CIQ tidak mempunyai pagar
dari kiri dan kanan, saya sudah mencadangkan kepada pihak kementerian
supaya kita bina pagar, sekurang-kurangnya lima kilometer kiri dan kanan
setiap CIQ supaya CIQ itu menjadi lebih terpakai atau lebih relevan
dari sudut kemasukan dan keluaran masyarakat,” ujarnya.
Beliau berkata, KDN melihat secara serius perkara di sempadan dengan
negara jiran walaupun beranggapan bahawa ancaman daripada kerajaan
negara jiran tidak berlaku kerana perhubungan yang cukup akrab.
“Tetapi, apa yang berlaku di Lahad Datu memberi pengajaran yang besar
bagi kita bukan daripada kerajaan tetapi daripada kumpulan-kumpulan
tertentu,” jelasnya.
Menurutnya lagi, atas dasar itu pihaknya melihat hal persempadanan sama
ada di Sarawak, Sabah, Perlis, Kedah Kelantan dan Perak satu perkara
yang serius.
“Sebab itu, kita mengadakan lawatan di ke semua negeri ini untuk
mengetahui masalah yang sebenar dan cara untuk mengatasinya,” katanya.
~fmt



0 orang berkata:
Post a Comment