14 Oktober, 2013
Patutlah KJ Dan Shahrizat Dapat Pertahan Jawatan.. Ini Sebabnya
Kemenangan yang diraih oleh Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dan Khary
Jamaluddin Abu Bakar bukanlah kemenangan mutlak kerana dalam sistem baru
"electoral college" bagi pemilihan Umno, tidak kira berapa banyak undi
dibuang, ia hanya dianggap sebagai satu undi bagi peringkat bahagian
kata penulis blog pro Umno Syed Akhbar Ali.
Beliau yang menggendalikan blog "Outsyed The Box" menyifatkan kemenangan
yang diperoleh kedua-dua penyandang Ketua Pemuda dan Ketua Wanita
tersebut hanyalah "menang mudah".
"Tidak kiralah banyak mana undi yang diperoleh, setiap bahagian dikira
sebagai satu undi."Terdapat 191 bahagian Umno. Jika calon menang 97
bahagian (lebih daripada setengah 191 bahagian), beliau diisytiharkan
sebagai menang mudah," kata Syed Akbar, merujuk kepada kemenangan yang
diraih oleh Khairy dan Shahrizat semalam.
Penulis blog yang pernah menggelar Datuk Seri Najib Razak sebagai
"sewel" itu mahu pengiraan keputusan pemilihan sayap Umno kali ini
dinilai menerusi "undi popular", namun malangnya ia tidak dilaksanakan.
"Terdapat banyak perkara yang diselindung dalam Umno. Mereka tidak akan membocorkan undi popular," kata beliau.
Syed Akhbar menerangkan terdapat kira-kira 400 pengundi setiap bahagian
dan menggesa pecahan undi kepada empat calon yang menentang Khairy juga
sewajarnya dikira bagi melihat jumlah keseluruhan undi popular sama ada
memihak kepadanya atau tidak.
"Katakanlah terdapat 500 pengundi di setiap bahagian dan KJ menang 200
undi. Akhram menang 180 undi dan tiga lagi calon menang 40 undi setiap
seorang - pengiraan akhir masih satu untuk KJ dan kosong kepada
lain."Realitinya, KJ mungkin tewas undi popular.
Jadi apa berlaku kepada undi popular? Adakah KJ dan Shahrizat tewas undi
popular?" soal Syed Akbar lagi merujuk kepada pencabar Khairy
Akhramsyah Sanusi.
Menyifatkan pemilihan kali ini satu malapetaka, Syed Akhbar berkata Umno
ketandusan bakat dan dan tidak mampu mengilap pemimpin yang lebih
berkaliber.
"Umno pastinya hadapi malapetaka," katanya lagi.Dalam pada itu, Syed
Akhbar juga berkata pemilihan kali ini berkecamuk dan huru-hara kerana
pelbagai insiden dan kontroversi yang berlaku sepanjang proses membuang
undi berlangsung daripada isu kertas undi hinggalah terdapat mereka yang
keliru cara untuk memilih calon pada pemilihan kali ini.
"Ini mungkin masalah merumitkan, mungkin terdapat manipulasi."Apa pun
yang berlaku, Umno kini berhadapan malapetaka," katanya.Dalam keputusan
pemilihan semalam, Khairy dan Shahrizat berjaya mengekalkan jawatan
mereka sebagai ketua Pemuda dan ketua Wanita manakala Mas Ermieyati
Samsudin dinobatkan sebagai Ketua Puteri Umno yang baru.
Shahrizat memperoleh 100 undi, Khairy mendapat 97 undi dan Mas Ermieyati
dengan 97 undi daripada 191 bahagian dalam pemilihan semalam. ~tmi



0 orang berkata:
Post a Comment